Shopping At Jalan TAR

Hari ini pergi jalan-jalan di Jln TAR. Shopping barang-barang biasa je. Nak cari baju kurung yang dah siap, tak jumpa pulak yang berkenan. Pastu pergi SOGO. Hajat pergi nak belikan beg SENTINI dekat si Ema ni. Maklumlah berkenan pulak dia dekat beg Asid yang dah lama beli tuh. Tapi pelik jugak lah harga beg tuh makin mahal dari masa Asid beli. Hari semakin dekat nak raya nih, makin mahal pulak barang.

Pergi kedai-kedai kain sepanjang jalan TAR tuh, beli tudung je dua helai. Warna biru dan krim. Ingat nak bagi dekat Ma dan Mok Mek. hehe

Pergi SOGO pulak beli seluar VOIR dua pasang. Dah lama tak beli seluar nih. Seluar yang dulu-dulu dah banyak tak pandan, maklumlah punggung dah makin lepar nih.. badan makin gemuk. huhuhu 🙁

Apapun thanks Papa bagi duit untuk Mama shopping, so Mama pun belikan kemeja kerja untuk Papa. Baby Ash pulak sepasang baju POPEYE, Wan Wan dia belikan. 🙂

Lepas shopping dekat SOGO, minum dan makan kek dekat Secret Recipe. Minum ice lemon tea and chocolate strawberry cake. hmm sedap.

Chocolate Strawberry Cake

2 thoughts on “Shopping At Jalan TAR”

  1. hmm…asid pegi shopping kat sogo ekk?
    bila tu…jaja pun pegi situ, kebetulan pulak, jaja pun beli seluar voir…hmmm,… x jumpa pula kita kan??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *