Set Bersalin??

Kandungan Asid sekarang hampir 7 bulan. So dah tiba masanya hendak membeli barang2 keperluan baby dan set bersalin nanti. Itulah sekarang pening nak pilih set bersalin mana yang paling sesuai dan paling bagus.

Dulu, masa bersalinkan Ash hanya makan Pati Ikan Haruan, minuman Healin, pelbagai jenis akar kayu, guna mandian aroma herba dan ubat2an dari hospital sahaja. Yelah Asid tidak menitik beratkan penjagaan badan kerana fikir bersalin secara ceaser ini bukannya boleh pakai bengkung. Natijahnya, badan selalu rasa lemah, perut membuncit dan selalu pening kepala. Pelbagai jenis akar kayu yang dibawa oleh Mama dari Pekan pun tak habis dimakan. Start makan pun selepas habis pantang. Mengurut pun lepas 2 3 bulan lepas pantang. Itu pasallah badan kurang sihat selalu.

Sekarang, Alhamdulillah. Harapannya dapat bersalin secara normal. Biar start awal2 dah pakai benkung perut dan makan ubat2an traditional ini. Dalam pemerhatian Asid based on cakap2 adik, Set Bersalin Afiat ini bagus. Nampak macam okay sebab dulu pun dia ada guna. Sekarang banyak sangat produk untuk set bersalin ini, tak tahu mana nak pilih. Kengkawan ada cadangan tak?

Akhirnya Asid membeli set bersalin Afiat ni, Bengkung Ammy Sendayu Tinggi dan Losyen Mustajab Pati Halia. Okeylah tuh. Dan nanti nak beli Healin (dulu minum ni, pati haruan je: luka cepat sembuh)

2 thoughts on “Set Bersalin??”

  1. hi asid,

    tahniah sebab kandungan asid dah tujuh bulan. bila la wanna nak merasa saat2 manis macam tu kan. walau bagaimanapun semoga asid dan baby dalam kandungan sihat selalu. AMIN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *