Serangan Bacteria yang Durjana

Khamis malam Jumaat baru2 ni bawa Baby Ash ke Klinik Sharani lepas berbuka puasa. Maklumlah Baby Ash dah 2 3 hari buang air besar tak henti2. Dalam satu hari tu 4 5 kali dia berak. Najis nya pulak warna hijau lain dari biasa. Kulit di celah kangkang dia dah merah2. Kalau basuh najis dia mesti nangis sekuat hati. huhu Sian Baby Ash mesti pedih kan.. 🙁

Jumpa Doktor, Dr kata maybe dia kena jangkitan Bakteria. Faktornya mungkin disebabkan oleh benda2 yang selalu dia masukkan dalam mulut dan sebab kedua, dari ibu yang sakit melalui air susu. Asid rasa maybe sebab yang kedua ni. Asid kan sakit dan dalam proses peryucian lagi dan banyak pulak kasi Baby Ash minum susu badan.

So, Dr suruh Asid kurangkan bagi susu badan dan susu botol. Kasi ubat berperisa oren ( apa ntah namanya) ni dan ubat krim sapu untuk kulit dia. So far sekarang Baby Ash dah beransur baik sikit. Kalau cuci berak dia, dah tak nangis macam selalu. Berak pun dah jarang2 sikit. Tapi still sakit perut lagi tu. huhu Kesian anak Mama…. 🙁 Mama harap Baby Ash cepat sembuh ye.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *