Selangor Vs Perak

Syukur alhamdullillah, akhirnyer selangor menyandang piala ke-2 pada musim ini. Perlawanan akhir TM Piala FA 2005 diadakan di Stadium Shah Alam semalam. Walaupun 2 @ 3 hari lepas pihak lawan men “saiko” pasukan selangor dalam akhbar, namun itu tidak langsung mebantutkan semangat pemain2 selangor untuk menrangkul piala FA musim hehe. Seronok giler tengok game nih malam tadi. Pergi pun awal giler pukul 5, lepak n parking dekat sebelah restoran Pandan, kita minum dulu ingat gate lambat bukak, bila dah naik atas tuh, alih2 dah suku penyokong kedua2 pihak masuk.Kitorang apa lagi terus masuk and cari teman biasa arr.

Kontraversi demi kontraversi berlaku diantara kedua2 belah penyokong apabila penyokong Perak meminta untuk duduk di tengah2 padang bersebelah penyokong Selangor. Diiringi oleh pihak polis n sukarela, mereka bertekak untuk dapatkan seat tersebut.Akhirnyer Dato zainal datang cuba meredakan ketegangan tersebut…maybe katanye “Penyokong2 selangor lebih ramai, kalau perak mahu juga duduk disini, penyokong2 selangor akan tidak cukup tempat…” mungkin itu kot yang dicakapnyer. Namun begitu, penyokong2 pasukan seladang tetap menjadi seladang tidak mahu mengalah, dan akhirnyer kerana budi perkerti yang baik dari para penyokong selangor akhirnyer mereka berganjak sedikit.

Tidak lama kemudian, sedikit demi sedikit stadium dipenuhi penyokong stadium.Memang tepat jangkaan kami bahawa para penyokong selangor tidak cukup tempat. Ianya terbukti dengan ramai penyokong selangor berdiri di tengah2 jalan tempat kitorang nak tengok.Sakit hati betul lah.Ini semua kerana sikap para penyokong Perak.Tak sedar bahawa para penyokong selangor lebih ramai. Dahlah tiket diorang tak habis dijual disana, kena jual dekat sini,Tu pun tak sedar2 lagi. Walaupun begitu, kami para penyokong selangor tetap berpuas hati dengan mutu permainan pemain selangor.Syabas Selangor.. dan selamat merangkul lagi satu piala dengan bertemu Perlis (Singa Utara) di Stadium Bukit Jalil dalam perlawanan Piala Malaysia.. Good luck n try the best.. (mcm exam pulak)..hehehe

Image hosted by Photobucket.comOn da Way- Fendy, amir , ayien and me

Image hosted by Photobucket.comTiket masuk..

Image hosted by Photobucket.comPerlawanan berakhir dengan selangor (red giants) 4 Vs Perak (seladang) 2

2 thoughts on “Selangor Vs Perak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *