Selangor Juara lagi

Selangor menamatkan aksi saingan Liga Super musim 2009 dengan cemerlang apabila membenam cabaran Pahang 5-1 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Hampir 35,000 penyokong Merah Kuning hadir di stadium bagi menyaksikan pasukan tuan rumah menjulang Piala Liga Super buat pertama kali sejak ianya diperkenalkan pada 2004 dan kejuaraan liga utama yang pertama sejak tahun 2000.

K Devan membuat beberapa pertukaran dengan Nasril Nourdin, Zaiza Zainal Abidin dan Asrarudin Putra Omar masing-masing menggantikan pemain utama Hamsani Ahmad, Khairul Anuar Baharom dan P Gunalan.

Namun begitu, skuad Pahang tidak berhasrat untuk memberikan laluan mudah kepada sang juara. Dibimbing oleh bekas jurulatih Selangor, lagi..

IMG_9321

Memang gembira sangatlah husband Asid kali ini sebab Pasukan Bolasepak Selangor pujaannya tuh jadi Juara lagi. Kali ini Juara Liga Super. Lepas ini, lagi satu piala yang nak direbut iaitu Piala Malaysia. Sebelum itu, diorang nak menang Piala Selangor dengan lawan Indonesia, Jumaat ini. Papa dan geng2 dia mesti pergi punya. Maklumlah tiket free dah baru dapat semalam. πŸ™‚ Apapun good luck for Selangor and Papa also.

P/S: to HajiIkram.. jangan marah noo.. hehe

3 thoughts on “Selangor Juara lagi”

  1. huhu.. xheran ler sgor juara… they deserved to win.. bukan mcm satu negeri ni… nampak gaya ada ja akai nak bagi depa maintain dlm liga utama!!

  2. Tak adalah dah jadi orang Selangor sepenuhnya. Pahang tetap di hatiku.
    Bila dah berkahwin dengan orang selangor, kenalah juga jadi orang Selangor kadang2 (wah kadang2 tuh).
    *Bukan macam orang cina yang rakyat malaysia kutuk2 Pasukan bola sepak malaysia masa lawan MU. Macam dia rakyat sana pulak. πŸ™‚

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *