Selangor Juara FA 2009

Selangor melebarkan rekod kejaguhannya dalam persaingan bola sepak kalah mati kebangsaan apabila menjulang Piala FA buat kali kelima dengan menewaskan Kelantan 4-1 menerusi penentuan sepakan penalti pada perlawanan akhir di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.

Juara 1991, 1997, 2001 dan 2005 itu turut menambah gelaran Liga Malaysia musim 2009 ini selepas Piala Sultan Ahmad Shah, Januari lalu biarpun terpaksa mengikat Kelantan 1-1 sehingga 30 minit masa tambahan setelah kedua-duanya buntu jaringan dalam permainan sebenar 90 minit.

Skuad Wira Merah yang cuba merangkul gelaran sulung bola sepak utama tempatan sempat mendahului menerusi tandukan Nor Farhan Muhammad pada minit ke-92 namun ketua pasukan Gergasi Merah, Amri Yahyah menyamakannya, juga dengan tandukan minit ke-100…… (http://www.selangorfc.com)

Alhamdulillah, akhirnya sekali lagi merasai JUARA buat buat pasukan bola sepak Selangor. Seronok tak terkiralah Papa Ash tuh. Sanggup pergi Stadium Bukit Jalil awal petang, then balik awal pagi jam 2 baru sampai rumah. Walaupun begitu mestilah rasa segar je matanya, maklumlah Selangor menang. Sampai rumah pun senyum lebar tak terkira. Apapun Tahniah buat Selangor… dapat RM15,000 tuh. Fushh dasyat.. 🙂

http://www.budiey.com
Aril AF7 - Adik izwan Pilus

Berbeza pulak tengok AF ni. Penyokong Kelantan yang kalah malam ini pun tak adalah sampai menangis. Ini Aril terkeluar minggu ini, rata-rata orang menangis. Cikgu2 AF dan pengetua pun nangis. Yelah siapa sangka awal pulak dia keluar. Asid ingatkan Yazid atau Akim. Ini mesti peminat Aril tak pass vote Aril malam ni. Tambahan guna 012/hotlink.. bercampur aduk dengan beribu2 penyokong piala FA, tak boleh nak guna telephone langsung. Jangan kata nak SMS, nak call/miskol pun tak lepas. Dasyat.. kesian Aril. Sure budak2 girl nangis giler bila dia keluar. wakaka.. 🙂

Tapi dengar kata ada AFMasuk, kalau betul sure Aril akan dimasukkan balik. Walaubagaimana pun, wait and see saja ler.

2 thoughts on “Selangor Juara FA 2009”

  1. yess.. selangor menang tu ok la..
    tp yg aril terkeluar ni ape cite nihh.. xpe la aril.. at least he had draw a step.. awokkkkkk

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *