Selamat Ulang Tahun Papa

Hari ini tidak kemana-mana, cuma Papa je pergi ke KLIA ambil Wan Wan sekeluarga balik dari bercuti ke Sumatera, Indonesia.

Family Trip

Kemudian tengahari itu, pergi Pizza Hut Plaza Masalam, niat Papa nak belanja makan sempena Birthday Papa hari ini, iaitu yang ke- 29 tahun (dah tua Papa ni). Last-last Wan Wan dia yang belanja.

Apapun Mama dan Ash mengucapkan Selamat Ulang Tahun, semoga Papa sihat selalu, dimurahkan rezeki dan bertambah amal ibadat serta di rahmati Allah senantiasa. We are love you so much Papa!!!

Selamat Ulang Tahun – Imran Ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *