Feb 2010 13

Selamat Tahun Baru Cina (CNY)0

Posted In Umum

Asid ucapkan selamat bercuti kepada kengkawan yang bercuti, balik kampung, merehatkan diri serta makan kenduri di musim Cuti Tahun Baru Cina ini. Dan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat kengkawan yang menyambutnya dan jangan lupa kasi áng pow’ satu!!!

Rasanya tahun ini ramai pula yang buat kenduri kahwin pada hari esok iaitu 14-02-2010. Harap-harap diorang pilih tarikh itu bukan disebabkan tarikh itu tarikh hari kekasih. Bagi orang Islam macam kita ini, ketahuilah bahawa tarikh itu adalah tarikh kejatuhan Islam pada masa dulu. Kiranya kalau kita (muslim) sambut hari Kekasih ini, kira masuk dalam kategori BODOH lah nampaknya.

Dulu aku pun, tersambut hari kekasih lah konon.. untuk hari bermanja-manja, jalan-jalan dengan kekasih.. siap dapat bantal LOVE, coklate dan lain-lain lah. Kiranya aku dulu pun BODOH lah jugak.. hehe dululah. Sekarang dah pandai.. 🙂

Alhamdulillah lepas aku dah sedar.. insaf. Tak sambut2 dah hari2 kekasih ni sebab… hari-hari memang untuk berkasih sayang.. dengan husband ajelah. 🙂

Esok juga aku sekeluarga balik ke Jengka. Sepupu aku si Atan nak kahwin. Bakal orang rumah dia pun sekampung. Junior akulah kiranya sebab si atan itu pun muda setahun aje dari aku. Sekarang ini diorang tengah sibuk2 dengan kenduri malam rumah pengantin perempuan. Katanya ada pertunjukkan silat. hmm esok rasanya tak sempat nak join diorang pergi berárak.. takpelah kan..lagipun malam itu ada majlis tahlil sikit untuk arwah Pak Jang. Dan hari Isnin, barulah kenduri rumah Mok Mek, kenduri sambut menantu.

Apapun harapan aku, majlis semuanya berjalan dengan lancar. Dan aku ucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA SEPUPU AKU TUH.. SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN KEKAL KE AKHIR HAYAT. INSYAALLAH.

Itupun kalau dia baca blog aku ni.. hehe 🙂

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.