Jan 2007 04

Selamat Hari Lahir2

Posted In Umum

Hari ini Hari Lahir my Hubby yang ke 27 tahun. Didoakan semoga Abang di panjangkan umur, dimurahkan rezeki dan bertambahnya amal ibadah kepada Allah SWT. Didoakan juga semoga Abang sentiasa menjadi seorang anak,suami dan bapa yang bertanggungjawab.Semoga hubungan kita sentiasa diredhai dan dipanjangkan hingga ke akhir hayat.InsyaALLAH. I LOVE YOU SO MUCH ‘Abang’.

Hehe cepatnya Abang tua, naik2 tahun baru terus tua ek. 🙂 Malam ni Abang nak belanja makan kan? hehehe 🙂 thanks Abang. Tak sabar tunggu Abang balik kerja.

——————————————————————————————

Asid rasa tak sedap badan dari semalam, nampaknya selsema. Malam tadi tidur pun letak tuala atas kepala. Tengahari pun letak jugak. Tapi panasnya dahi ni masih belum reda. Aiseh nampaknya Asid demam selsema. Macam mana ek? tak effect kepada baby Asid ke ek? Risau pulak Asid. Kalau nak makan panadol, memang tak boleh. Kena jumpa Doktor dulu then bagitahu kite pregnant. Nak jumpa doktor???? tak nak lah. Nanti tambah lagi ubat yang perlu di telan. Nak telan yang sedia ada ni pun payah. Abang suruh makan jugak, takkan bayar mahal2 biarkan membazir macam tu je.

—————————————————————————————–

Petang tadi, last episode citer War & Beauty yang Asid tak miss2 tengok. Tapi 15 minutes terakhir tuh Asid tak tengok sebab pergi amik Nana balik sekolah. Apapun dah tahu penghujung nya macam mana selepas search kat Google ni. hehehe Yuk Ying dan Tn. Sun mati berpelukan sebab di bakar oleh orang2 Marharani. Gundik Yu tak ada apa2. Yu Shun, Hong Mo dan On-Xin berjaya lari keluar istana. Tapi On-Xin akhirnya mati sebab terkena panah semasa nak selamatkan Yu Shun masa di istana. Aiseh sedih tengok citer ni sebab ada orang yang mati. Cerita ini dah habis dalam 30 episodes, cuma citer Bawang Merah Bawang Putih je belum. Dah 92 episodes. Kata sampai 100.. lambat lagi lah nampaknya. Jangan sampai Baby Asid ni lahir, citer ni tak habis2 lagi.. sudahlah. Cerita sikit je iklan je banyak. Amik kesempatan betul TV3 ni.Dah tahu citer banyak penonton, iklan pun kena banyak lah ek. Banyak tak pe jangan lama… ni tak .. lambat giler.

Anda Mungkin Meminati:


2 Comments

  1. Mrs. Asida says:

    Ehehe 🙂 Memang sedih tengok diorang nak mati tu. Ingatkan ada orang selamatkan diorang. Last2 mati juga. huhuhu

  2. as_c0mei says:

    aku pon tgk gak war n beauty.last episod pon tgk!hehe.smbl masak tu tgk gak.lari2 dr dapur ke dpn tv.huhu….sedey je kan.kena bakar…..

Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.