Selamat Hari Lahir My MIL

Hari ini hari lahir my mother in law. Sama dengan Hari Guru. Apapun aku ucapkan Selamat Hari Lahir Mama yang ke-52, semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, sihat tubuh badan dan berbahagia di dunia dan juga di akhirat nanti. 🙂

Dan, terima kasih kerana belanja kami makan di Chicken Rice Shop. 🙂

Tahun ini tak sempat beli hadiah kepada Mama. Lagipun, tak tahu nak beli apa. Takut tak berkenan. Papa cakap, kita bagi duit ajelah. Biar Mama beli barang apa yang dia nak.

Next week, hari lahir Mama Asid pula. Mama kami berdua ni, lahir pada tahun yang sama dan bulan yang sama. 🙂 Tapi tak boleh lah nak makan2 dengan Mama Asid sebab dia dekat kampung. Kena tunggu balik nantilah. hehe 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *