Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum,

Baru balik dari Pasar. Alhamdulillah dah dapat idea mana nak agih2kan brosure produk tuh, jawapannya adalah di pasar. Insya-Allah minggu depan bolehlah lepak dalam 15-30 minit. hehe

By the way, masa pergi pasar tadi, nampak banner ucapan Selamat Hari Ibu dari Adun Kota Anggerik. Pastuh dekat dalam pasar, ada orang agih2kan sejambak bunga mawar. Tak ada orang kasi pun kat Asid, maybe tak bawa abang pergi pasar ni, makcik-makcik tu ingat Asid solo lagi. hehe perasan!

Selepas beli barang dapur, makanan mentah untuk stok seminggu.. time nak keluar tuh.. Ada orang panggil, “dek dek, dek dah dapat? nah bunga. Tahniah Selamat Hari Ibu”.

Ish ada juga orang yang perasan Asid seorang ibu?? maybe sebab tengok jumlah belian, hampir penuh troli tuh. haha

Dengan itu, terima kasih ye. 🙂

Ibu dikaulah mawar itu,

Yang kupuja setiap waktu,

Yang kurindui wajahmu,

Yang kukagumi ketabahanmu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *