Feb 2009 08

Sedih Tapi Tak Pilu0

Posted In Umum

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jimmy. Dia ini berasala dari Johor. Dia  ada seorang awek bernama Julie. Julie pula tinggal di Perlis. Mereka berdua ini tidak pernah berjumpa sebelum ini, hanya melalui message dan call saja. Gambar pun mereka tak  pernah tengok sebab mereka hanya memakai nokia 3310.

Mereka sudah tidak tahan hendak  berjumpe sangat2. So, mereka pon berpakat akan berjumpe pada hari raye pertama dan mereka bercadang untuk berjumpe di rumah Julie di perlis.Julie telah memberitahu keluarga dia yang Jimmy akan datang beraya ke rumah mereka.
Pada seminggu sebelum hari raya, Julie terlibat dengan satu kemalangan. Mayat Julie selamat dikebumikan. Seluruh keluarga Julie sangat bersedih atas pemergian Julie. Akan tetapi, Jimmy tidak mengetahui hal ini. Kebetulan, handphone  Jimmy rosak pada hari kematian Julie. Sehari sebelum raya, barulah handphone dia siap dibaiki.

Apabila handphone dah ok,Jimmy terus message Julie. Mesej yg dihantar oleh Jimmy tersebut semua di’reply’.
Pada hari yang ditetapkan, dengaan alamat yang pernah diberi oleh Julie kepada Jimmy…Jimmy bertolak dari johor pada subuh awal syawal dan sampai di Perlis pada waktu petang.
Hari tu juga dengan memandu kereta proton wira 1.6 kepunyaan kawan baiknya. Bila sampai sahaja di rumah Julie,dia terus bagi salam dan memperkenalkan diri kepada ibu bapa Julie…

Ibu bapa Julie pun menyuruh Jimmy duduk. Mereka berbualan dengan bertanya tentang diri Jimmy tetapi mata Jimmy terjenguk2 ke arah dapur dan bilik2 yang ade di rumah tersebut. Kot2 ade Julie keluar atau menyorok dari dia.
Jimmy semakin tidak senang duduk. Setelah lama berbual, Jimmy pun tanya pasal Julie kerana beliau tidak tahan nak berjumpa dengan Julie.

Ibu bapa Julie menyarankan supaya Jimmy banyak bersabar. Jimmy semakin hairan dan bertanya kepada ibu bapa Julie, “kenapa mak cik ngan pak cik? ape yang dah berlaku pada Julie?”
“Julie telah meninggal dunia,” kata ibu Julie.

Jimmy semakin kehairanan. Jimmy bertanya “bila mak cik? sebab apa?”
Ibu bapa Julie pun menceritakan tentang hal kejadian. Jimmy agak terkejut dan tidak percaya kerana beliau ade SMS dgn Julie sebelum berangkat ke Perlis.

Jimmy pun tunjuk semua SMA itu kepada ibu bapa Julie.
Setelah membaca dan melihat no telefon tersebut,
ibu bapa Julie hairan kerana no telefon itu memang Julie yang punye.

Untuk mendapatkan kepastian, ibu bapa Julie bawak Jimmy ke tanah perkuburan. Jimmy masih tidak berpuas hati dan mengorek kubur Julie.
Memang betol Julie sudah mati dan berada di dalam kubur tersebut.
Jimmy semakin hairan dan ketakutan. Sebelum julie meninggal, julie telah berpesan kepada orang tua die supaya kalau dia mati, tanam sekali handphone die sebab die terlalu sayang kat handphone nih.
Ibu bapa Julie turut menceritakan hal ini kepada Jimmy.

Jimmy pun cuba sms Julie di depan ibu bapa Julie. “awk ngah wat pe?”
Tidak lama kemudian, hp Jimmy berbunyi dan ade satu sms diterima.
apabila buka sahaja sms tersebut, kesemua mereka terkejut beruk
kerana sms itu dibalas oleh Julie dan sms tersebut berbunyi
“xde wat papepon..awk da smpai ke?”

Jimmy semakin panik dan membalas. “ibu bapa awk kata awk dah MATI?”
Dan Julie pon balas “memng sy dah meninggal.” Jimmy cuba beranikan diri dan membalas semula sms tersebut. “ABES 2, MCM MANE AWK BOLEH BALAS SEMUA SMS SY??”
Tidak lama kemudian, hp jimmy pon berbunyi lagi. Mereka semakin panik, takut dan macam2 bermain di fikiran. Apabila mereka baca sms tersebut, mereka terkejut BEROK & kehairanan terpinga-pinga.
Kerana sms tersebut berbunyi.
“DIGI ADA DI MANA-MANA”

Muahahahahahahahaha ….

———— Kiriman email seorang teman SIM

Anda Mungkin Meminati:


Leave a Comment

Copy Protected by Chetan's WP-Copyprotect.