Sebulan

Hari Khamis lepas, ada appt dengan Dr. Adilah. Macam biasalah kena bawa Baby Ash sekali sebab tak ada orang jaga. Pergi awal jugaklah sebab hari Abang kerja. Orang kedua datang or sampai hari tuh, tapi still dapat masuk lambat jumpa Dr. Maybe appt yg ditulis kat kad Dr. tu pukul 11. Bukan apa, nak cepat sebab Baby Ash dah nak nangis, lapar maklumlah time breakfast. Tapi geram jugak lah org yg dtg lambat sgt dari kite tu dapat masuk dulu.. huhuhu 🙁 walaubagaimanapun kenalah sabar ek.

Masuk jumpa Dr. macam last appt, check luka dan darah beku dalam rahim. Alhamdulillah darah beku dah tak ada, dan luka pun dah baik cuma ada nanah kat hujung luka. Tak teruk katanya so tak ada ubat kali ni.

Doktor ada tanya, ada nangis tak? Selalu juga nangis time malam2 sebab baby ash tak nak tidur asyik nak menyusu je. kekadang tu dah dekat pukul 5 pagi baru nak tidur. Penat sangat. Abang pulak tidur, yelah org nak keje kan. Habis dah sedih sangat, terpaksalah nangis sorang2. Air mata ni bukannya boleh ditahan2 kan. huhuhu 🙁 . Doktor kata jgn nangis sorang2, takut meroyan nanti. Kalau tension tu cari org ajak berborak atau jalan2 keliling rumah. Jangan nangis sorang2!!! Bahaya!! katanya. Kalau dah kena meroyan ni, memang tak ada ubat nya kan. huhuhu

—————————————————————————————

Semalam, Baby Ash dah 28 hari. Kalau ikutkan dah sebulan tapi kira2 23 april ni baru sebulan. Ikut bulan lah senang ek. This Monday ni Baby Ash pulak kena jumpa doktor dia dan diberi injection untuk Hepatitis B. Takut juga lepas cucuk ni dia demam. Karang tak tidur malam pulak dia. Mama harap Baby Ash kuat tahan injection tu ek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *