Satay Kajang @ PKNS Shah Alam

Assalammualaikum,

Sabtu lepas, pergi lagi ke Pertamaย  Kompleks. Memang dah jadi ‘wajib’ ke sana. Alhamdulillah Syukur. ๐Ÿ™‚

So, tengahari tak tahu nak makan apa kat SOGO.. pastu perut pun masih kenyang dengan kuiih muih pagi tadi. Sudahnya, fikir makan Satay jelah kat PKNS, sambil tuh boleh singgah kedai buku kat sebelahnya.

Pastu beli buku Agama sikit untuk kuliah Dhuha tuh, 2 buku dah seratus lebih. Kekadang pikir jugak dalam hati, mahalnya buku ni kata nak suruh budaya membaca, tp mak ai mahal benar. Kalau wat beli benda makan okay lagi kot. Sampai 2 3 jam lah rasa terkilan tuh (ada lak sedih2 beli buku agama, yang beli beratus2 beg tangan, purse tuh boleh plak!!). Apalah asid ni!.

Hidayatus-Salikin: Petunjuk Jalan Bagi Orang Yang Takut Kepada Allah Taala & Tanbihul Ghafilin: Peringatan Bagi Yang Lupa

 

Sampai kat rumah dok pikir lagi, sampailah “Ya Allah, napelah aku boleh serba salah membeli buku untuk dekat denganMU, Ya Allah aku REDHA.. Aku YAKIN, apa yang aku bayar ini tidak semahal dengan apa yang akan Engkau bayarkan nanti kepadaku. Aku redha”.

Alhamdulillah. Esoknya ada re2eki yang sememangnya berganda dengan harga yg asid laburkan untuk buku2 tuh. YA ALLAH MAHA SUCI ALLAH. Sangat happy, terima kasih Ya Allah. ๐Ÿ™‚

P/S: so korang belilah sebanyak mana buku2 yang menjurus kepada kebahgiaan dunia dan akhirat. Insya-Allah memang ada rahmat dan hidayah-Nya.. cepat atau lambat je ๐Ÿ™‚

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *