Salesman From Makkah

Tadi ada orang datang nak menjual (salesman). Datang just nak jumpa orang management berkenaan barang dagangannya. Kekadang susah nak cakap, dah lama kita letak note.. “Jurujual dilarang masuk”. Masuk jugak.

Salesman ni dari Makkah so dia kata semua barang dia bawak dari Makkah lah kan. Ada papan kayu dengan tulisan Assalamualaikum, Bismilah dalam jawi lah kan. Mulanya Asid tanya harga dia jual berapa. Dia kata nak beli ke just tanya. Asid cakap tanya dulu. Dia kata RM1. Walaupun dekat rumah dah ada, sebab kesian dekat dia nampak macam dah tua, Asid kata nak belilah. Bila nak beli tuh, dia kata… harga dah lain. Bila kita just nak tanya/tengok, harga barang tuh RM1 bila kita nak beli harga RM25. hehe first pulak dengar orang marketing buat macam ni.

Bila dah jadi macam ni langsung dah tawar hati. 🙁 Tak jadilah beli kalau macam tuh kan. Then dia tunjuk lah barang2 dia yang lain. Ada mangkuk aluminium diukir dengan ayat Yasin, ayat Seribu Dinar. Dia kata kalau just tanya harga dia kata harga Rm 0.35 kalau nak beli RM35. Sabar jelah. 🙂

Lepas itu, tak kata apa-apa dah. Just senyum and sorry sebab tak nak beli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *