Rumah Perlindungan DiBuka Sementara

Assalamualaikum,

2 atau 3 hari lepas, ada ibu kucing a.k.a CAT, sudah selamat beranak dekat belakang rumah. Ada 2 ekor anak kucing tompok hitam dan putih. Mula2 dengar halus2 aje pekikan anak2 kucing tersebut. Keluar tengok mereka berdua tengah syok tidur berpelukan 1 sama lain. Ibunya merewang entah ke mana.

Kami tengok kesian mereka berdua, duduk atas lantai, bagilah kotak buat lapik. 🙂

Pastu tengok petang pula, kotak dah tercampak kat luar. Mesti maknya taknak pakai kotak segala. Pastu garang pula dengan kita, ingat kita nak ambil anak2 dialah tuh.

Budi baik dibalas jahat. huhu

Sekarang, susah benor nak sidai kain dan angkat kain. Acer keluor je, maknya dah berdensing marah2. Aiseh macam si ibu ayam garangnya tuh.

Nak simbah air bagi dia lari, kesian pula nanti mereka tak ada tempat berteduh. Takpe.. buat masa kita kasi can dulu lepak2 nyer. Anak2 kucing dah pandai jalan nanti, kita halau.. huhu tak tahan bau. Cukuplah selama ini menahan bau busuk tahi kucing di depan rumah! taknak di belakang rumah juga berbau!

KATAKAN TAKNAK!

2 thoughts on “Rumah Perlindungan DiBuka Sementara”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *