Ruam Pada Kanak-kanak dan Bayi

Kulit bayi adalah sangat sensitif berbanding dengan kulit orang dewasa. Ia mudah mengalami kerengsaan. Sesetengah bayi jika dibiarkan dalam keadaan basah terlalu lama kulit mereka akan menjadi merah dan tidak selesa. Keadaan inilah yang dikenali sebagai ruam lampin.

Apakah itu Ruam Lampin?

Ruam lampin merupakan sejenis ruam yang berwarna merah dan merengsakan. Lazimnya, ia terjadi di bahagian dan di sekitar tempat yang ditutupi lampin. Ia melibatkan bahagian kemaluan, punggung, kelangkang dan peha.
Apakah yang menyebabkan Ruam Lampin?

Ruam lampin boleh berlaku apabila kulit bayi yang sensitif menyentuh:

  • Air kencing terutama apabila lampin dipakai terlalu lama. Gangguan bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan memusnahkan lapisan perlindungan yang terdapat di kulit. Ini akan menyebabkan kulit menjadi merah dan keradangan.
  • Najis bayi terutama najis cair yang mungkin disebabkan oleh makanan bayi, ubat-ubat tertentu atau apabila tumbuh gigi.
  • Bahan kimia seperti jenis sabun tertentu atau serbuk sabun yang digunakan untuk mencuci lampin (dapatkan nasihat pegawai farmasi atau doktor).

Gejala-gejala Ruam Lampin

  • Kulit kelihatan merah, sedikit kasar dan berkerak di bahagian punggung, kemaluan, kelangkang dan peha.
  • Jika ia dijangkiti kuman, kawasan ruang lampin akan kelihatan berwarna merah garang, diseliputi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok dan dipenuhi dengan bintil-bintil kecil di luar bahagian utama yang dijangkiti.

—————————————————————————————————————————–

Petikan dari http://www.infosihat.gov.my/ : Kementerian Kesihatan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *