Rotavirus Menyerang Bayi

Mesti tahu!

Bayi yang dijangkiti akan mengalami demam, muntah dan cirit-birit antara 10 hingga 20 kali sehari. Ini sangat serius kerana ia menyebabkan dehidrasi (kekurangan air) dan boleh membawa maut.

Manakala, kanak-kanak yang dijangkiti akan demam, muntah dan cirit-birit sehingga boleh membawa maut akibat kehilangan banyak air dari badan.

Rotavirus amat mudah berjangkit dan boleh hidup beberapa hari sehingga seminggu di atas permukaan sebarang objek sehingga dia mendapat perumah baru (menjangkiti orang lain). Virus yang ditemui pada 1973 dan dijumpai di Australia itu adalah penyebab utama masalh cirit-birit dan muntah di kalangan kanak-kanak dibawah 5 tahun.

Jangkitan rotovirus banyak berlaku di kalangan kanak-kanak lebih kurang 70% pesakit ialah dibawah dua tahun. Dalam tempoh lima tahun pertama hidup mereka, dianggarkan hampir setiap kanak-kanak mengalami masalah cirit-birit akibat jangkitan rotavirus sekurang-kurangnya sekali dengan satu daripada 65 kes akan dimasukkan ke hospital.

(Pa&Ma, Julai 2009)

Bahaya juga virus ini. kena jaga persekitaran rumah terutama barang-barang dan tempat main anak-anak kita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *