Pemanggang Ajaib Areikan (Generasi 2)
November 15, 2013Buat KEK PISANG dengan Pemanggang Ajaib
December 15, 2013Resepi Wafer/Waffle Yang Sedap
** perkara utama yang anda perlu ada adalah waffle maker, nak mudah beli aje waffle ajaib ini.
Resepi Dorayaki waffle:
1. 500 gram tepung royal muffin
2. 5 biji telur ayam
3. 3 sudu makan susu segar
4. 50 gram minyak sayuran
5. 1 sudu teh chocolate imulco
6. 2 sudu makan serbuk koko
Cara-caranya :
1. Masukkan tepung royal muffin dan telur ayam ke dalam bekas mixer, dan pukul selama 3 minit dengan kelajuan yang sederhana. Kemudian masukkan serbuk koko dan chocolate imulco lalu pukul sehingga sebati. Akhir sekali masukkan minyak sayuran dan terus memukul selama 5 minit.
2. Selepas itu curahkan adunan ke dalam acuan waffle Ajaib dan bakar selama 5 minit lagi. kemudian pusingkan acuan tersebut dan bakar selama 5 minit lagi. Kemudian buka acuan tersebut dan biarkan sejuk sebelum dikeluarkan.
setelah dikeluarkan, bolehlah disapu dipermukaan atasnya dengan mentega kacang, jem atau sebagainya mengikut citarasa tersendiri.
waffle siap untuk dihidang dan dijamu.