Report..oh..report..

Hari ini baru aku sibuk2 nak start buat report,tu pasal dah balik ke shah alam dari rumah kak ja.Ada jugak kak ja ajak aku ikut dia balik melaka,ingat nak ikut tapi mengenangkan kerja banyak nak buat,so aku tak jadi arr ikut diorang.:(.Kerja aku memang banyak sungguh.aku ingat satu atau dua hari nie nak siapkan report then sibuk2kan diri dengan thesis.Lagipun aku dah risau giler ngan thesis.orang kata risau2 jugak tp kerja mau jalan.So ingat nak start dah.Banyak jugak yang aku kena buat.Makin banyak aku fikir makin pening kepala aku dibuatnyer..aduhai…

Malam tadi ada bola.selangor vs kedah.Tak ada pulak live dekat tv.siaran tertunda adalah.Bukan main happy lagi si Amir tuh,maklumlah selangor menang 1-0 dengan kedah.Tapi sebaliknyer perasaan sedih dan pilu Si Ikram.Semangat dia terhadap kedah tak berbelah bagi.Nampak sticker kedah mangkin bertambah dekat cermin kereta dia.Tp kalah jugak :-P.Mesti hancur berkecai perasaan dia..tak gitu??? sian..:))

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *