Raya???

“Apalah hendak difikirkan pasal raya? Sedangkan bulan Ramadhan belum pun sampai. Sepatutnya Ramadhan lah yang perlu di tunggu2 ketibaannya dan perlu siap sedia untuk menghadapinya kerana Bulan Ramadhan ialah bulan yang penuh keberkatan, bulan yang lebih baik dari 1000 bulan, bulan yang penuh dengan Pahalanya… “. Pernah juga Asid dengar ungkapan ni daripada Penceramah2 bebas, kaum keluarga dan Sahabat handai. Sedikit sebanyak Asid ambil iktibar daripadanya.

Dengan itu, Hari ini start Asid berpuasa ganti. Boleh juga buat preparation untuk berpuasa nanti. Belajar berpuasa time menyusukan Arisha. Baru tengahari dah rasa dahaga giler. Tekak kering betul. Mata pula rasa dah mengantuk, biasa minum nescafe boleh juga bertahan sampai ke malam.

Namun ada baiknya, bila berpuasa ni rasa marah pun tak larat. Tak adalah rasa cepat melenting nak marah Ash (kesian Ash, asyik kena marah je ngan Mama) 🙁

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *