Raya Aidilfitri 2009 VII

Raya ke Tujuh

Bangun pagi lagi hari ini. KaliĀ  ini sebab nak shopping barang dapur. Pergi Giant besar Seksyen 13, Shah Alam kena awal2 takut nanti ramai orang. Bawa Ash saja dan Adik tinggalkan dengan Nana. hmm nasib baik Arisha tak meragam sangat, cuma sempat berak atas Cunna dia hehe. Memang sayang betul Arisha dekat Cunna dia tuh.. hehe (orang kata kalau baby berak dan kencing atas kita, tanda dia SAYANG dekat kita).

Lepas solat Zohor dan lunch, kami balik ke rumah Sentul. Hantar barang2 shopping nih dulu. Terutama ayam dan daging ni. Kena cepat2 masukkan dan peti ais, kalau tidak jadi macam dulu.. jadi mangsa tong sampah saja.

Petangnya pula, sesi beraya ke rumah Nenek. Kali ini Open House pula. Raya pertama itu hari hanya untuk beraya dengan sanak saudara saja. Masa inilah bebudak beraya dapat duit raya. hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *