Raya Aidilfitri 2009 VI

Hari Raya Ke-Enam

hmm hari Jumaat yang mulia. Bangun jam 9 pagi sebab nak pergi Butik Anakku dekat Seksyen 9 tu dan juga pergi ke Post Office sebab nak kirimkan duit kepada Opah buat beli mesin basuh. Kesian Opah penat membasuh pakaian dengan kerja ladang , mengemas rumah, memasak dan macam2 lagilah. Opah kata anak jantan dia nak kasi duit buat deposit tuh, hmm haram. Susah betul nak harapkan anak jantan sorang dia tuh, nak kasi duit pun kasi pinjam aje. Ada ke patut?? Belum kahwin dah susah kasi duit dekat Ma Aboh, kalau dah kahwin yelah juga banyak kena tanggungnya. aiseh

Lepas aje kami postkan duit tuh, Opah terus pergi ambil mesin basuh (belilah kan.. sapa lak yang nak kasi) dekat Singer. Alhamdulillah senang sikit Opah kan..

Kisah pergi butik Anakku ni pula.. asal hajatnya nak beli termos air panas untuk Arisha. Abang Ash punya dulu dah rosak. Bawalah duit RM150 (jangan lebih2 bawa, nanti sure lebih gak membeli.. itupun Papa cakap.. “cukup tak? kalau tak cukup, pergi cucuk dekat depan tu”). Harga termos murah ajo RM50, ada lebih lagi RM100.. belilah baju sehelai Tshirt untuk Ash (pasal dia asyik cakap “baju.. babang.. baju.. babang”, nak lah tuh). Bila dah belikan untuk Ash, belikan juga untuk Arisha. Itupun sebab baju raya hijau diorang tertinggal di Jengka 8. hmm bila pula nak ambil tuh, raya Haji kot (kalau balik..). Kali ini dress dan tshirt biru pula.

Selepas Papa sembahyang Jumaat, kami pergi beraya ke rumah Uncle Fendi dan Aunti Ina. First time kitorang ke rumah diorang di Subang. Diorang kahwin masa aku tengah sakit bersalinkan Arisha. Tengah dalam wad. hmm memang tak sempat aku nak pergi kenduri diorang.

Image0049

Cantik rumahnya dengan Deco2 dari IKEA. Kat sini, makan Mee Sup. Ash suka sangat makan sampai menambah. hmm dah memang hantu sup!!! macam Papa  dia juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *