Raya Aidilfitri 2009 I

Hari Raya Pertama

Tema hari raya Aidilfitri tahun ini adalah Oren. Alhamdulillah ada juga rezeki buat kami sekeluarga membeli baju raya sedondon oren. Walaupun ada juga yang tidak dapat dibeli contohnya kuih raya, namun syukur alhamdulillah rezeki kami sememangnya lebih baik daripada mereka (yang kurang bernasib baik).

Raya1-2

Bila berhari raya di Kuala Lumpur ini, jadual raya tetap sama seperti 2 tahun yang lepas. iaitu pada pagi Raya Pertama, kami (termasuk Mok Su, Wan2, Atok, Yaya dan Cunna) beraya di Hulu Klang (rumah Moyang Ash dan Arisha). Seperti biasa, Papa pergi sembahyang raya dengan yang lain, kemudian kami menjamu selera dengan kuih muih dan lauk pauk, bersalaman raya dan tengaharinya kami bergerak ke Banting (rumah Mak Uteh: Adik Wan2). Disana menjamu selera lagi.

Raya1-3

Selepas itu, kami menginap di Sri Malaysia, Bagan Lalang. Di sini kami sekeluarga bersalaman dan bermaafan. Banyak sudah berubah di Bagan Lalang, especially tepi pantai (or laut). Sudah banyak perubahan dan pembangunan. Nak tahu apa perubahan itu, cuci mata tengok gambar di sini.

Raya1-4

2 thoughts on “Raya Aidilfitri 2009 I”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *