Raya Aidilfitri 2006

Alhamdulillah, raya tahun ni merupakan raya yang amat mengembirakan. Mana tidaknya, raya ini merupakan raya yang pertama bagi asid bergelar isteri. Gembira tak terkira kerana dapat beraya dan bermaaf-maafan dengan suami tercinta, kedua-dua belah orang tua; mama, mama, aboh dan baba. Tak lupa jugak dapat bersalam-salam dengan adik-beradik tersayang; kak na, abg jes, solihin dan juddin; kak ja dan abg mezah; kak cek, aizam dan marha; serta adik kesayanganku fatin. Terkilan tak sempat bertemu dengan abg man dan adikwan. InsyaAllah nanti kita jumpa di Port Klang.

Hari Raya Aidilfitri pertama tahun ini, Asid menyambut dekat Chini rumah Mama Asid. Kak Ja dan Kak Na ada sekali. Walaupun bukan kali pertama kami raya ramai2 kat rumah mama, kemeriahan raikan hari raya ni tetap di rasai. Syukur alhamdulillah semuanya baik2 sahaja, Aboh sihat raya ini bukan seperti raya haji yang lepas, kerana Kencing Manis aboh di tahan di Hospital dan keadaannya nazak.

Petang raya tue, kami; Abg dan Asid beraya ke Jengka 8 selepas menghantar Kak Na dan keluarganya ke Kerdau;rumah keluarga Abg Jes. 9 Malam baru sampai Jengka 8.

Dan pagi tadi, kami bertolak balik ke Sentul dan sekarang sudah sampai ke Shah Alam; rumah Mama dan Baba. Dan yang paling best.. ingatkan dah kawin tak dapat duit raya, alih2 dapattt jugakk…… heehehe 🙂

————————————————————————————-

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin…Abang, Mama, Mama, Aboh, Baba, Mok Mek, Tokcek, Kak Na sekeluarga, Abg Man, Kak Ja sekeluaga, Kak Cek sekeluarga, Adikwan, Fatin, Ieza, Nana, Mak Itam sekeluarga, Pok su sekeluarga, Pak Jang sekeluarga, Saudara mara yang lain serta sahabat handai sekalian; specially to mus, e.t, chepet, izan dan wawa.

4 thoughts on “Raya Aidilfitri 2006”

  1. Alhamdulillah dah jadi ibu si alang tuh. Tengok je kecik2 cili padi… Tahniah buat dia dan si baby boy Danish.. hehehe

  2. Selamat hari Raya gak sid…raye baru ni aku p melawat alang yang dok dalam pantang…raya lenkali aku p melawat ko la plak dok dalam pantang..heheh….pape pon…mohon ampun zahir dan batin…

  3. 1.baca yassin
    2.surah Al-Qalam ayat 1-2
    3.surah Al-Asry ayat 21-24
    baca pada air then minum amalkan sampai bersalin

    -bila dah ader tanda sakit bersalin
    -baca “lailailla anata subhanaka inni kuntu minazzalimin”
    -baca sebyk mungkin dgn surah Al-insyiqah ayt 1-5

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *