Majlis Doa Selamat dan Yassin
August 8, 2010Rumah Baru @ Shah Alam
August 18, 2010Ramadhan Al-Mubarak 2010
Selamat berpuasa dan melakukan sebanyak2 yang mungkin di bulan Ramadhan!
Maaf lambat mengucapkannya. Bukan apa, baru pindah rumah.. line internet pun problem lagi. 😉
Apapun jagalah kesihatan dengan lebih baik di bulan ini, supaya dapat melakukan ibadah dengan lebih baik dan banyak. Insya-Allah.
Tips Kesihatan di Bulan Ramadhan
Lakukan;
- Makan sahur untuk mengelakkan hypoglycemia atau kandungan gula yang rendah yang boleh menyebabkan kelesuan.
- Makan makanan yang lambat dihadam terutamanya sewaktu sahur. Ia mampu bertahan sehingga 8 jam. Karbohidrat kompleks seperti oats, kurma, sayuran dan nasi adalah makanan yang lambat dihadam serta mengandungi banyak fiber (serat).
- Minum banyak air kosong untuk mengelakkan sembelit dan penyahhidratan.
- Makan makanan yang mengandungi gizi yang seimbang.
- Mengambil suplemen kesihatan yang halal untuk lebih sokongan kepada sistem badan.
Elakkan;
- Tidak makan secara berlebihan ketika bersahur dan berbuka.
- Tidak mengambil makanan yang cepat dihadam. Ia hanya mampu bertahan sehingga 3 atau 4 jam sahaja dan boleh menyebabkan gastrik. Makanan yang cepat dihadam ialah makanan yang mengandungi karbohidrat ringan seperti gula, roti putih dan sebagainya.
- Mengurangkan makanan yang digoreng dan berlemak. Ia menyebabkan ketidakhadaman , sakit perut dan penambahan berat badan.
- Tidak meminum teh berlebihan kerana ia mengandungi theophylline yang menyebabkan kerap membuang air.
Petikan dari: http://www.petuanenek.com/kesihatan/petua-kesihatan-di-bulan-ramadhan