Puntung Rokok

Petang tadi bawa Baby Ash turun bawah pergi pasar malam, beli barang-barang dapur dan makanan for dinner. Macam biasalah hari pasar malam tak masak just beli dekat luar. Lepas pergi pasar malam kami pergi taman dekat area apartment ni. First duduk lepak-lepak dekat taman ni, mata baby Ash melilau je tengok budak2 main lari2. Macam seronok je baby Ash. InsyaAllah kalau Mama ada masa, Mama akan bawak Baby Ash main-main dekat taman ni selalu. hehe 🙂

Bila balik rumah baby Ash terus tidur. Agaknya penat sangat memandang sekeliling tadi. hehe kelakar je baby Ash ni. Lepas baby Ash dah terlena, Mama pergi sidai baju. Sakit hati dan terkejut tengok ada puntung rokok dekat tepi mesin basuh ni. Nak kata Papa hisap memang tidaklah sebab Papa tak hisap rokok. Ini mesti orang atas rumah ni. Ingatkan puntung rokok yang banyak2 kat bawah ampaian ni, orang yang kerja buat bangunan ni dulu yang buang, rupa2nya orang atas ni. ish ish..

Tak kisahlah berapa banyak diorang nak merokok tapi hairan kenapa nak baling puntung rokok tu dekat luar then jatuh ke dalam rumah orang lain. Apalah salahnya buang dalam tong sampah rumah sendiri. Lagipun ampaian ni dekat dengan dapur, sure ada tong sampah punya.

Samalah juga dengan orang depan rumah Asid ni. Boleh dikatakan tiap2 hari sampah rumah dia buang dekat luar pintu rumah dia (depan pintu rumah Asid jugaklah). Apalah salahnya sambil pergi kerja tu buang sampah dalam bilik sampah sebelah lif tu je. Itupun malas lagi. Sabar jelah. Tengok pakai kereta mewah sure bergaji besar, org bijak. Tapi malas juga nak buang sampah sendiri. Nak juga orang tukang sapu buangkan. Teruk bebenor…

Kadang2 tak paham dengan Malaysians ni. Cukup susah nak buang sampah di tempat yang sepatutnya. Sedangkan dah berjuta2 duit kerajaan dilaburkan untuk menjayakan kempen Jagalah Kebersihan Alam Sekitar. Tak insaf2 jugak diorang ni.

Kalau dulu kes2 alam sekitar ni dekat kampung je, tapi sekarang orang bandar pun sama. Itulah sebab terjadinya banjir lumpur di tengah2 bandar baru2 ni. Ada ke bandar yang parit besar boleh banjir disebabkan hujan 20 minutes. Huhuhu sabar jelah 🙁 Sedih betul lah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *