Open House Rumah Mak Long
October 18, 2009Puding Anggur
October 25, 2009Puding Mangga
Kebiasaannya aku buat Dadih. Kali ini aku buat Puding Perisa Mangga. Saja lah kan buat pemanis mulut. Aku masak Puding Mangga ini tadi jam 6 petang untuk dessert dinner.
Buat pun sikit. Satu kotak saja. Dapat pun 5 bekas ini sahaja. Apa sebab aku suka buat puding dan dadih ini…. sebabnya Babang Ash suka sangat makan. Oklah kan bagi dia makan, rasanya pun tidak manis sangat. 🙂 Dulu biasa beli set 6 puding.. mahal juga kan harganya kalau beli selalu. Jadi, aku kenalah rajin-rajin diri sikit masakkan untuk dia. 🙂
Resepi Puding Mangga
1. Sediakan bahan-bahannya iaitu serbuk Puding perisa mangga Nora 95g. Air 400ml.
2. MAsukkan kedua-dua bahan dalam periuk dan masak di atas dapur.
3. Kacau sehingga serbuk puding hancur.
4. Padamkan air dan tuangkan adunan di dalam bekas.
5. Kemudian masukkan ke dalam peti ais. Sejukkan sehingga 30 minit.
6. Siap dihidangkan.