Puasa Qadha Dan Puasa Enam (Syawal)

Ada ketika dulu, Asid berkata “nak puasa gantilah esok. Lepas tuh nak puasa enam pulak. InsyaAllah”. Dan ada kawan menjawab, “puasa lah ganti dan puasa enam tu sekali”. “eh, boleh ke” kawan seorang lagi berkata. Asid menjawab, “Better le kita dahulukan yang wajib dulu, kemudian buatlah sunat.”

Kemudian secara tidak sengaja, petang tuh dalam rancangan Kalam Suci, hosnya bertanya kepada Ustaz jemputan, “ya Ustaz, ada pemanggil bertanya. Boleh ke kita puasa gantu bersertakan dengan puasa enam di bulan Syawal?.” Ustaz tersebut pun menyawab. “Elokkan setiap perkara/puasa di dahulukan yang wajib dahulu yakni puasa ganti, kemudian puasa enam yakni puasa enam. Bagi perempuan biasa (normal) yang uzur, paling lama uzurnya (period) adalah dua minggu. Sebulan di bulan Syawal ini, sempat kiranya jika di gantikan puasa yang wajib itu dulu, kemudian puasa sunat.

Takdelah pulak perkataan boleh atau tak boleh tuh. Kekadang confius.Tak ada istilah boleh dibuat serentak. Apa yang berlaku ialah kita berniat puasa ganti tetapi mendapat pahala tambahan (Puasa Enam) disebabkan ianya dibuat di dalam bulan Syawal.

Asid ada membaca beberapa penerangan mengenai perkara ini. Harap2 ianya benar dan menyawab persoalan kita selama ini. 🙂

“Dari Abi Ayub al-Ansari radiallahu `anhu: Bahawa Rasulullah
bersabda: Barangsiapa berpuasa ramadan kemudian diikuti puasa enam
hari di bulan Syawal, pahalanya seperti puasa setahun“. H/R Muslim

Puasa Qadha adalah wajib, yang perlu dijelaskan secepat mungkin.
manakala berpuasa 6 hari dalam bulan syawal adalah sunat berdasarkan
kepada galakan puasa sabit kepada hadis di atas serta beberapa hadis
yang lain.

Jika seseorang itu mengqadha puasa dalam bulan syawal maka ia telah
menyelesaikan hutangnya mengikut bilangan hari yang perlu ia ganti.
Perbuatan ia berpuasa itu adalah sunat, kerana ia boleh mengqadha
pada bulan lain tetapi ia memilih untuk berpuasa dalam bulan syawal
kerana hukum sunat seperti yang disebutkan tadi.

Mungkin yang agak mengelirukan adalah niatnya sebab niat adalah rukun
kepada setiap ibadah. Maka berniatlah seperti biasa untuk menqadha
kan puasa. Tidak payahlah nak berniat puasa syawal pula. Kalau ia
berniat puasa sunat syawal maka puasa ganti tidak terlaksana dan ia
agak menyalahi keutamaan.

Hadanallah waiyakum ajma’in, wallahu’alam, wassalamu’alaikum wr wb

Petikan dari kiriman Sahabat Interaktif : shambaiduri@yahoo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *