Pregnant 7 Bulan Maut

Semalam seorang isteri mengandung 7 bulan maut digigit serangga (Lipan). Takut dan sedih dengar berita ini. Tapi itulah kenape husband dia tak bawa dia awal2 pergi klinik, bahaya sangat biar sapu minyak gamat je. Kalau tak pergi hospital pun, sapu kan gigitan tu dengan asam jawa. Nenek Asid kata, asam jawa ni boleh sedut bisa lipan tu.huhuhu 🙁 Kesian Baby dia dah 7 bulan dah. Sedih.. 🙁

Teringat masa balik kampung 2 minggu before raya Aidilfitri dulu, Ular sawa dan lipan yang agak besar masuk rumah. Nasib baik Asid terperasaan ular sawa tu yang bergayut dekat dinding rumah semasa menonton tv. Nampak gaya macam tali, nasib baik tergerak hati nak tengok betul2, kalau tidak entahlah. Mama kata ular sawa tak ada bisa dan tak patuk just belit je. Kalau pun belit, takut jugak. Dah lah masa tu Abang tak ada. Abang keje kat KL, tinggal sorang2. Mintak tolong budak2 yang tengah lepak bawah lampu depan rumah.

Paginya pulak ternampak lipan masa mandi. Terus panggil Mama ketukkan. Mama kata lipan ni besar dan ada bisa. Kalau kena ni mesti terus masuk hospital. Asid pelik nape banyak pulak binatang yang masuk rumah. Mama kata biasalah ada orang mengandung nie. Binatang2 berbisa suka gigit sebab darah manis ada baby. Syukur alhamdulillah ternampak lipan. Memang besar gila, kalu kena gigit tu mesti meraung tak ingat punya.

Berita Penuh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *