Port klang kedua teruk jerebu..

Walaupun Port Klang dikatakan dilanda jerebu kedua paling teruk, namun keadaan itu tidak membantutkan aku untuk melawat kak ja, abg man, abg mezah dan adik wan. Pelik juga si Amir, aku nak pergi tempat yang teruk jerebu dari shah alam nih.Siap di isytiharkan darurat lagi.Aku pergilah mengenangkan darurat nih sah kak ja tak keje,leh jugak aku lepak ngan dia main game.Aleh2 diorang kena keje jugak.Adik wan aku kira okeylah lagi sebab tempat keje dia kira OT hari tuh, kak ja aku pulak kena keje normal pulak.Tu pasal..

Semalam kak ja kata ramai kilang kat Port klang nih kena warning dengan kerajaan sebab tak tutup/cuti.Siap ada TV3 datang buat liputan..tapi tak de pulak kak ja aku masuk tv hehehe.. Nak kata kena saman sebab tak tutup/cuti keja tak aku dengar pulak… nasib baik hari nih keadaan jerebu semakin berkurangan.Index port klang yang 500 tuh turun mendadak ke 100 lebih.Alhamdulillah, ini mungkin berkat sembahyang hajat selepas solat jumaat semalam dan juga bantuan dan penat lelah angkota kita membantu memadamkan api di Sumatera Indonesia tuh.Kini masing2 boleh bergerak bebas tanpa berpakaian seperti pencuri(kena pakai mask) dan juga mengelakkan dari peniaga2 yang amik kesempatan menjual mask dengan harga tinggi (ada ke patut satu mask puyoo tuh jual tiga ringgit??? tak patut..tak patut..) memang cekik darah sungguh peniaga2 macam nih.Aisehmen..

Disebabkan keadaan dah stabil nih, dan perasaan boring dirumah kak ja, aku pun balik semula ke shah alam (itu pun ada orang amik).Bila dah sampai umah nih, rasa lagilah tersangat boring. Baik lagi aku duduk umah kak ja boleh lepak main video game..”Kete Kabal” dengan abg man. hehe.Macam malam tadi dekat pukul 2 pagi baru tidur…syok habis… Mahu melambung bil api rumah orang tua nih..silap2 hari bulan aku diharamkan datang kerumah diorang hehehe.. takkanlah aku diharamkan datang..aku kan adik kesayangan diorang.. wakaka..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *