Ponteng Puasa

Dah 9 hari termasuk hari ini,umat islam menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah kerana masih berpeluang menunaikan ibadah yang mulia ini…. walaupun sudah 3 hari tidak berpuasa. Errm nampaknya terpaksalah ganti pulak.. huhuhu

Sehari suntuk duduk rumah ni tanpa buat apa2, rasa macam lama pulak berpuasa. Perut memulas2 senak, tekak pulak jangan kata lega, asyik loya je. Kena banyak bersabar dan cuba tidak termuntah, kalau tidak terpaksalah berbuka..huhuhu 🙁

Nak buat kerja sume tak kena, semua tak larat. Kalau dah duduk tuh pikir 2 3 kali nak bangun, teruk betui rasa… teruk juga orang mabuk mengandung ni yek.. huhu 🙁

Dengar kata sibuk membaca boleh kurangkan rasa mabuk, habis tuh abang beli dua buku, Petua Selamat Bersalin, Penjagaan bayi dan Nama2 Islam dan juga buku 290 Nasihat untuk muslimah. Rupa2nya tidak, kalau nak mabuk tuh mabuk jugak. Aduhai.. sabar je lah. Sabar kan separuh dari iman (Bak kata seseorang yang bakal bernama Ti Na) hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *