Petanda Air Kencing

Secara purata, kita buang air kecil 6 hingga 8 kali sehari. Namun kekerapannya bergantung kepada jumlah dan jenis minuman yang diminum. Lebih banyak kita minum air (air masak), lebih kerap kita berulang ke tandas.

Malah, individu yang kerap meminum kopi atau mengambil ubat tertentu seperti ubat tekanan darah tinggi juga kerap kencing kerana ia mempunyai sifat diuretik – yang membuatkan anda sukar berenggang dengan tandas.

Pundi kencing bertindak sebagai tempat menyimpan air kencing dan boleh mengembang untuk menampung sehingga 350 hingga 550ml air kencing. Kita biasanya hendak membuang air kecil apabila kandungan pundi kencing lebih kurang 200ml, tetapi kapasiti yang normal ialah sekitar 400ml.

Yang tidak normal ialah jika anda kerap bangun malam untuk buang air kecil. Kerap buang air kecil adalah baik kerana proses semulajadi untuk menyingkirkan sisa toksin dan bahan buangan daripada badan.

Ramai yang tidak sedar, warna dan bau air kencing menjadi petanda kepada tahap kesihatan kita. Ini sebabnya kita perlu memerhatikan sebarang perubahan pada air kencing kita sebelum menarik pam tandas.

1. Warna

Air kencing mengandungi urokrom yang memberiĀ  ia berwarna kuning. Warna ini berubah setiap hari dari warna gelap hinggalah ke warna kuning cair, bergantung kepada kepekatan air kencing. Air kencing yang gelap biasanya menandakan kita tidak minum cukup air. Badan kita memerlukan air secukupnya bagi membolehkan ia berfungsi dengan cekap. Sebaliknya, jika kita minum cukup air, lebih banyak air kencing dihasilkan dan warnanya menjadi cair dan cerah.

2. Bau

Air kencing memang berbau,biasanya ia tidak kuat. Jika baunya menusuk hidung anda mungkin mengalami jangkitan atau ada masalah batu karang yang menyebabkan bau seperti gas ammonia. Penyakit kencing manis mungkin mendapati air kencing mereka berbau ‘manis’ kerana kehadiran gula. Bagaimanapun, sesetengah makanan dan minuman juga boleh mengubah bau air kencing seperti asparagus, petai.

Kekerapan ke tandas menjadi tanda penting kepada kesihatan. Kebiasaannya 8 hingga 10 kali. Namun, ia boleh berbeza kepada individu antara 4 hingga 10 kali sehari, selagi ia tidak mendatangkan masalah kepada individu berkenaan.

Namun terdapat beberapa perkara yang menyebabkan anda kerap membuang air kecil walaupun anda kurang minum air iaitu:

  • pundi kencing terlalu aktif
  • jangkitan saluran kencing
  • interstital sistitis (keadaan yang sebabkan dinding pundi kencing mengalami keradangan)
  • kelenjar prostat membengkak
  • penyakit neorologi ( termasuk strok dan parkinson)
  • kencing manis

Masalah pembuangan air kencing dapat dielakkan jika anda menjaga buah pinggang anda dan mengamalkan tabiat ke tandas dengan baik. Caranya mudah sahaja iaitu memastikan anda minum air secukupnya setiap hari iaitu kira2 lapan gelas; walaupun tidak rasa dahaga.

Jangan takut untuk minum banyak air masak. Minum air elok untuk mengeluarkan toksin2 dalam badan dan menjadikan badan kita lebih cergas dan sihat.

Petikan dari Harian Metro

10 thoughts on “Petanda Air Kencing”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *