Pertama Kompleks

Hari ini pergi Pertama Kompleks. tapi misunderstood sket bila tersalah pergi ke Plaza Pertama dekat Titiwangsa. Ini dah satu hal salah tempat, pastuh dah satu round cari $$$$ tapi tak jumpa. Tanya lah sorang gurl ni,” tumpang tanya adik, cam ner nak pergi Pertama Kompleks?”. ” Kalau naik bus saya tak tahu, tapi LRT bolehlah. Akak naik Star turun Bandaraya. Pertama Kompleks sebelah SOGO” Jawabnya. “Thanks”.

Sampai Bandaraya Station, main larro je cari Pertama Kompleks. Dah pernah pergi dulu beli hanset kat sini, tapi tulah 2 3 tahun yang lepas. Mana lah nak ingat ek. Dah sampai Pertama, satu hal lagi cari tempat. Tipon tanya Abang guna public phone sebab handphone tak bawak, lagipun mana ada kredit kan… hehehe. Cari .. cari.. tak jumpa jugak tempat yang hendak di tuju tu. Last2 tanya posmen yang lalu kat situ. Ni yang bagi tahu.. kat tingkat 2.. tengah2 sekali. Cari2 tak jumpa lagi. Kaki jangan cakap lah.. pedih .. penat.. semua ada…

Tanya seorang Akak ni.. Siap tunjuk kan tempat dan cara nak pergi situ.. Time kasih banyak lah kat Akak tuh.. Masih ada insan yang peramah rupanya kat Malaysia ni. hehehe. Bila dah sampai tempat tu.. lega rasa…. walaupun ramai giler orang tengah beratur. Time sembahyang jumaat pun ramai orang?? Aiseh…

Time balik pulak.. senang pulak cari jalan pulangya.. senang je sampai LRT station. Singgah beli teh ais untuk hilangkan dahaga. Kat sini teh ais lebih murah berbanding kat Sentul yang depan Court Mammont.. hehehe.. dan kini lega. Dah samapi rumah.. dah lunch. Pasni nak tidur. Rehatkan badan sebab malam kang nak jalan jauh.. Balik Kampung.. hehehe 🙂

Anda Mungkin Meminati:

2 thoughts on “Pertama Kompleks”

  1. Time kasih. Kalau tak salah masa Azimah kahwin ari tuh, kitorang tak tahu lagi pasal pregnant ni. Atau pun memang tak ada apa2 lagi… Due hujung bulan depan, bulan 3 ataupun awal bulan 4 nanti. Memang tak sabar. So Azimah sekarang dah pregnant ke? hehehe 🙂 have a nice day dan time kasih kerana sudi menyinggah ke laman Blog Asid nie. hehehe

  2. Assalamualaikum wrt wbt

    Pertama kali sekali nak ucapkan tahniah sebab bakal jadi ibu….jaga2 baik kandungan tu 🙂 seronok baca luahan hati asida ni
    Kedua thanks sebab sudi datang ke majlis perkahwinan kami…sori sebab tak dapat nak layan kawan2 yg dtg….masa tu kandungan asida dah brp bulan ya?
    Ketiga : Bila due date nak bersalin…mesti tak sabar kan, akak pun tumpang gembira sebab warga ddz bakal bertambah….
    Keempat : Hope kita dapat jumpa lagi, kim salam kt en amir hehe wassalam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *