Persiapan Menjelang Kelahiran

  • Kewangan

Harus dirancang wang yang perlu dibelanjakan untuk menyambut kedatangan orang baru dalam keluarga kita. Seperti rawatan dan kos berjumpa doktor, makanan tambahan seperti vitamin, membeli pakaian peribadi yang sesuai, kedatangan keluarga, kos bersalin di hospital, barangan baby, kos rawatan selepas bersalin dan kos rawatan baby.

  • Kesihatan Fizikal

Ibu mengandung janganlah terlalu memikirkan kesusahan yang dihadapi ketika mengandung. Ini kerana di dunia berbillion baby telah dilahirkan dengan selamat dan sihat.

Kesibukan berkerja akan membuat kita lupa kesusahan yang bakal tiba. Anggota badan yang berkerja keras dalam melakukan kerja angota ini juga akan menyediakan ketahanan dalam menampung baby yang semakin besar.Bila otak kita cergas,otak kita juga cergas dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh kandungan kia seperti pemakanan, tumbesaran dan daya tahan.

  • Wanita Kerjaya

Wanita yang berkerja harus berkerja sehingga saat bersalin. Cuma perlu berhati2 saat kandungan sudah matang dan keseimbangan badan perlu disesuaikan supaya tidak mudah jatuh. Kecergasan perlu dikekalkan cuma dielakkan melakukan kerja yang merbahaya kepada kandungan.

  • Suri Rumah

Suri rumah juga harus menjalankan rutin harian seperti biasa. Lazimnya surirumah yang cergas akan bersalin dengan mudah. Ibu yang tidur sepanjang hari berkemungkinan akan melahirkan baby yang besar (over weight)

  • Pakaian

Ibu mengandung perlu memakai pakaian yang sesuai dengan perubahan bentuk badan mereka. Jangan terlalu banyak membeli pakaian hamil kerana kita tidak akan menyukainyan selepas bersalin kecuali potongan badan kita kekal seperti ketika kita mengandung.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *