Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa

  1. Menitiskan ubat ke dalam mata, hidung, telinga serta mencuci telinga
  2. Meletakkan ubat di bawah lidah untuk rawatan sakit dada dan lain-lain: ianya tidak ditelan.
  3. Memasukkan sesuatu alat ke dalam rahim untuk tujuan rawatan dan pemeriksaan.
  4. Memasukkan alat ke dalam salur atau pundi kencing bagi tujuan rawatan seperti ureteroskop, radio-opaque.
  5. Memasukkan alat ke dalam usus untuk tujuan pemeriksaan, rawatan dan ubatan seperti suppositories, radio opaque, dan cecair pembersih usus.
  6. Rawatan Pergigian seperti mencabut, menampal atau membersihkan gigi dengan syarat tidak menelan apa-apa.
  7. Berkumur atau menyembur ubat yang diletakkan pada mulut tanpa menelan apa-apa.
  8. Suntikan ubat ke dalam darah (intravena) dan ke dalam kulit (subtanenous dan intra muscular)
  9. Pengambilan oksigen.
  10. ius (General Anaesthetic)
  11. Ubat-ubatan yang neresap ke dalam badan melalui kulit contoh krim.
  12. Memasukkan tiub (wayar/contrast) untuk tujuan Angiogram.
  13. Memasukkan skop ke dalam badan untuk tujuan rawatan.
  14. Biospy hati dan lain-lain organ tanpa memasukan cecair bersamanya.
  15. Ujian endoskopi bagi tujuan diagnosis seperti gastroscope dengan syarat tidak memasukkan apa-apa cecair atau bahan ke dalam perut.
  16. Memasukkan peralatan atau pemberian suntikan ke dalam saraf tunjang.
  17. Muntah yang tidak sengaja

10 thoughts on “Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa”

  1. ooo atas nasihat doktor tak boleh puasa, jangan lah puasa. Kalau dah sihat, kena qada’ balik puasa yang ditinggalkan nih. Kalau tidak sihat2 jugak, kenalah membayar fi’dyah puasa tersebut tuh.

    Sebagai contoh, ibu yang mengandung. Boleh tidak berpuasa andai takut memberi kesan kepada anak di dalam kandungan, ttp perlu di qada’ puasa tersebut selepas melahirkan anak.

    🙂

  2. abg ipar ina x hisap rokok.. kelmarin buke puase sesame citer kat dia, dia kate seb baik xpuase sbb cm kritikal je, dia asik kuar masuk hospital je lately nihh..

  3. ooo abang ipar lah ek. Asid pulak adik. Memang dah lelah/asma sebab banyak benor hisap rokok. Tapi tulah kena puasa jugak. Ambik je ubat tuh. InsyaAllah. Lagi berat dugaan kita nih, lagi banyak pahala yang kita dapat kan.

    ——- Sedih hari ni tak pose. 🙁

  4. “mane ade bertekak.. bertukar pendapat”.. penting nihh nnti kite perasan kite sorg je yg betol.. kan.. sian ngn abg ipar tu sbb dh tggl puase sehari ehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *