Pep. Khas 14 Skim Perkhidmatan Gred 41

Semalam asid pergi amik exam nie dekat Sek.Men.Keb. Sungai Pusu dalam area Gombak. Sebelum nih tahu ada sri Gombak, Gombak Setia.. tak tahu pulak ada Sungai Pusu. Hehehe Nasib baik malam selasa tuh dah pergi survey ngan abang. So pagi semalam sempat jugak lah kitorang singgah makan nasi lemak dan minum teh O kat warung tepi jalan situ.

Tak sangka pulak jumpa Kak Lin, pulak tuh jadi Pengawas Peperiksaan tuh. Hehehe tak lupa jugak jumpa Jue (member @ ex-classmate sekolah menengah dulu). Sempat jugak tanya jue pergi tak reunion next month. Katanya maybe tak, sebab mahal kot.Student mana mampu nak bayar ek… Bukan student je, asid yang tak kerja nie mampu ke tidak.Tuh kena tanya Abang dulu. Maklumlah sekarang dialah banker asid. hehehe 🙂
Apapun asid cuba menghadirkan diri ke reunion tuh, best jugak jumpa kengkawan lama nie ek. Nak tahu citer masing2. Tak lupa jugak nak tanya khabar cikgu2. hehehe 🙂

Tentang exam nie  pulak, memang soklan senang.. tapi entah betui ke jawap. Pastuh soklan matematik tak sempat jawap. Hmm banyak sangat buang masa, tu pasal tak jawap. Soalan pengetahuan am pelik2. Sume banyak pasal sejarah, asid ni bukan suka sangat pasal sejarah2 nie. Hmm entahlah. Harap2 asid lulus. Aminnn……….. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *