Pemakanan Ibu Hamil 3

Terdapat beberapa jenis makanan yang perlu dielak untuk mengelak dari kesan sampingan ketika hamil.

Makanan Mentah

Anda gemarkan makanan mentah seperti sushi? Jauhi makanan ini sementara waktu. Pengambilan makanan mentah atau separa masak boleh menyebabkan komplikasi yang buruk seperti:

1. Toxoplasmosis

Penyakit yang disebabkan oleh parasit yang terdapat di dalam daging mentah dan sayuran yang tidak dicuci sempurna. Ia boleh menyebabkan jangkitan intrauterine yang serius pada bayi

2. Cirit-birit

Salmonella biasanya terdapat di dalam daging ayam dan telur yang tidak dimasak. Cirit-birit yang anda alami secara langsung akan memudaratkan bayi sekiranya tidak dirawat segera

3. Jangkitan cacing

Pengambilan ikan mentah boleh menyebabkan jangkitan cacing. Ia tidak meninggalkan kesan langsung kepada bayi tetapi cacing akan memakan segala zat yang diperlukan bayi

4. Keguguran, kelahiran pra-matang dan keracunan

Salah satu penyebabnya ialah berpunca daripada bakteria listeria yang banyak terkandung di dalam keju yang tidak dipasteur dengan baik

Vitamin A

Apa jua bentuk vitamin A yang diambil melebihi 5000iu boleh menyebabkan kecacatan muka, kapala, jantung dan saraf bayi. Sebagai langkah selamat, anda boleh mengambil beta karotena yang banyak terkandung dalam lobak merah. Makanan yang mengandungi banyak vitamin A seperti hati daripada sumber haiwan perlu dielak.

Alkohol

Alkohol mampu memusnahkan kandungan asid folik yang amat penting dalam pertumbuhan janin dan dalam masa yang sama akan menyebabkan masalah lain seperti kecacatan fizikal dan mental bayi.

Kafein

Makanan atau minuman yang mengandungi kafein tidak baik perkembangan bayi. Ia sering dikaitkan dengan masalah kurang berat badan bayi ketika dilahirkan. Lebih dari tu, kafein boleh merosakkan kandungan kalsium terkumpul selama ini.

(Panduan Kehamilan, Kelahiran dan Penjagaan Si Manja)

5 thoughts on “Pemakanan Ibu Hamil 3”

    1. oo..boleh ek..aku ingat customer yg beli tudung kat situ je…maknanyer kita promote kedai tu ek..ke camner..alahai asid,betapa bebalnyer la aku nak buat..ko la masuk.

    1. sabar ajelah. kan ko ade beli tudung FUC. Banyak gambar ko yg cantik2 tuh ko tempek kat blog ko. Alaa senang citer ko baca syarat2 dia. Sticky mode itu posting yang sentiasa dekat atas (dekat dia punya blog). Posting2 yang lain, ada dekat bawah. 🙂

      1. ish ko nie..tu kan FUC..bukan LUC…sabar je la…hehehe…aku baru ni la jumpa blog tue…ko yang tunjuk.tapi bagus gak ko tunjuk sebab aku dapat tengok de zahra punya tudung yang cun2…hihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *