Pemakanan Ibu Hamil 2

KEHAMILAN adalah detik yang istimewa bagi insan bergelar ibu. Jadi, usahlah sia-siakannya dengan mengabaikan pemakanan sepanjang tempoh kehamilan. Ketahuilah enam perkara berikut bagi kesejahteraan janin yang dikandung.

  1. Bagi wanita hamil, amalan pemakanan sihat amat penting. Ia mempergaruhi sumbangan kepada perkembangan dan tumbesaran janin. Oleh itu, demi cahaya mata yang bakal lahir, sentiasa pastikan kalori yang diambil datang daripada makanan yang bernutrisi.
  2. Sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan produk susu rendah lemak adalah antara sumber diet yang seimbang. Pastikan ianya sentiasa terkandung dalam pemakanan anda setiap hari.
  3. Janin di dalam rahim memerlukan bakalan kalsium yang tinggi sepanjang tempoh kehamilan. Oleh itu, si ibu perlu memenuhi tuntutan tersebut harus berusaha untuk meningkatkan pegambilan kalsiumnya. Antara sumbernya ialah susu, yogurt, soya, bayam dan badam.
  4. Zat besi penting bagi kalangan wanita hamil selain mustahak untuk perkembangan janin lantaran fungsinya dalam penghasilan hemoglobin. Tanpa hemoglobin yang mencukupi, tubuh gagal menghasilkan sel darah merah dalam jumlah yang memadai. Umumnya, zat besi mudah didapati dalam telur, daging, salmon dan buah-buahan kering.
  5. Banyakkan makanan berprotein kerana ia amat diperlukan demi kesihatan dan perkembangan otak. Selain itu, ia juga untuk pembentukan tisu bayi. Umumnya wanita hamil memerlukan 60-80gram protein setiap hari menerusi pemgambilan susu, keju dan tauhu.
  6. Pengambilan diet dari sumber ikan dan makanan laut sememangnya baik untuk wanita hamil dan bayi dan kandungan. Lemak omega-3 yang terdapat dalam ikan bagus untuk perkembangan otak.

Gizi Seimbang Untuk Wanita Hamil

(Seri Dewi & Keluarga, Mei 2009)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *