Panduan Pengambilan Pil Perancang Keluarga

Ramai wanita tidak menyedari bahawa pil perancang keluarga atau pil pencegah hamil adalah pil yang dimasukkan kedalam kategori ‘ubat yang terkawal’ . Ini bermakna pil-pil ini TIDAK BOLEH dibeli tanpa preskripsi daripada Doktor.

 

Disini disertakan panduan yang diberikan oleh WHO mengenai wanita yang TIDAK BOLEH mengamalkan pil perancang keluarga.

Wanita yang tidak boleh langsung mengamalkannya

  1. Selepas melahirkan anak kurang daripada enam minggu.
  2. Wanita melebihi umur 35tahun ke atas dan merokok melebihi 15 batang sehari.
  3. Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi (systolic > 160mmHg atau diastolic >100mmHg)
  4. Wanita yang pernah mengalami venous thromboembolism (VTE)
  5. Wanita yang pernah diserang sakit jantung dan mempunyai penyakit ischemic heart disease
  6. Wanita yang pernah diserang strok
  7. Wanita yang mempunyai injap jantung
  8. Wanita yang mempunyai migrain bersama simptom focal neurology
  9. Wanita yang mempunyai kanser payudara
  10. Wanita yang mempunyai diabetes yang tidak terkawal bersama masalah mata
  11. Wanita yang mempunyai penyakit sirosis hati dan kanser hati

 

Boleh mengamalkan tetapi berisiko akan mengalami strok

  • Wanita melebihi umur 35tahun ke atas dan merokok kurang 15 batang sehari
  • Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi (systolic > 140-169 mmHg atau diastolic 90-99mmHg)
  • Wanita berumur 35tahun dan mempunyai migrain
  • Wanita yang mempunyai penyakit batu hempedu
  • Wanita yang mempunyai penyakit sirosis hati yang terkawal
  • Wanita yang sedang dalam rawatan dan boleh mengganggu metabolism OCP

 

6 thoughts on “Panduan Pengambilan Pil Perancang Keluarga”

  1. saya nak tahu selepas tempoh seminggu saya dan suami bersama menjalankan hubungan intim..saya pun stop pil perancang..kerana dia pergi kerja diluar selam sebulan ,adakah boleh mengandung?atau ada kesan sampingan?

    1. itu akak pun kurang arif. Semua benda dalam badan ni kuasa Allah.

      Tapi untuk mendapatkan penerangan yg lebih details dan tepat bolehlah bertemu doktor yg lebih arif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *