keputusan akan diumumkan malam nanti !!!
Inilah kisah ibu kau inspirasiku
Bukan dongeng rekaan dari dalam buku
Tapi kisah benar dari dalam kalbu
Jika dikenang pasti datangnya sayu
Semoga ada pengajaran dari kisah lalu
Ibu kau inspirasiku
Tekad sejak lahirnya kami hanyalah satu
Kebahagiaan anak-anak sentiasa didahulu
Biar makan pakai tak mewah selalu
Janji besar kami adik-beradik berilmu
Ibu kau inspirasiku
Dari ladang sawit Felda, kebun getah ke kilang kayu
Bangun pagi berjalan berbatu-batu
Semuanya dikerjakan buat membeli makan dan baju
Kerana abah tidak terdaya membantu
Namun ibu tidak pernah lelah dan jemu
Ibu kau inspirasiku
Biarpun gaji tidak beribu
Walau cabaran dugaan menimpa dirimu,
Alhamdulillah kami membesar dengan kasih sayangmu
Hingga melihatmu menyambut menantu dan menimang cucu
Ibu kau inspirasiku
Tahun demi tahun sudah berlalu
Biar kudratmu tidak seperti dulu
Nasihat ibu diingati selayaknya ratu
Ketabahan ibu menjadi kekuatan anak-anakmu
Ibu kau inspirasiku
Dewasa ini kami tidak melawatmu selalu,
Dek kekangan kerjaya dan waktu,
Namun itu tidak menghalang dirimu,
Untuk mengubat rindu pada cucu, anak menantu,
Datang menaiki bas bersama rambutan, cempedak dan ciku
Ibu kau inspirasiku
Budi dan pengorbananmu hanya Tuhan yang tahu
Jasamu dibalas itulah harapanku
Kerana tanpa dirimu tiadalah aku
Lagipun syurga di bawah kakimu
Sehingga nafas terakhir namamu dipaku
I will always love you..
p/s: Sayangilah Ibu anda melebihi anda menyayangi diri anda.
Senyum itu sedekah. Kenapa kita digalakkan sentiasa senyum??
Ini kerana senyum memberi kebaikan kepada kesihatan. Antaranya:
1. Senyum meningkatkan sistem imun
Apabila kita senyum, fungsi imun menjadi bertambah baik, kemungkinan pada kita senyum, kita lebih tenang dan relaxs
2. Senyum Mengurangkan sakit
Kajian mendapati senyum membebaskan endorfin, penahan sakit secara semulajadi dan serotonin. Ketiga-tiga sebatian ini menjadikan kita berasa sihat.
3. Senyum melegakan stress
Dengan keadaan kehidupan yang sibuk kini menjadikan diri kita sentiasa stress. Cuba ubatinya dengan senyum. Senyum membantu kita daripada nampak lesu dan tidak bersemangat. Apabila stress menerpa, cuba amik masa untuk mengukir senyuman, stress akan semakin berkurangan dan anda bertambah semangat.
4. Senyum menurunkan tekanan darah
Tahukah anda senyum dapat menurunkan tekanan darah kita? Cuba amik alat mengukur tekanan darah. Lakukan sebelum dan selepas senyum. Lihat perbe2aannya.
5. Senyum menjadikan wajah awet muda
Otot-otot yang berkerja ketika kita senyum akan menyebabkan kita nampak sentiasa awet muda. Tidak perlu dapatkan rawatan muka di salun-salun kecantikan, lakukan senaman dan tersenyum setiap masa.
6. Senyum menjadikan kita nampak anggun
Kita lebih tertarik kepada orang yang tidak lekang dari senyuman. Wajahnya nampak anggun dan lembut serta mesra. Maka kita akan lebih terdorong untuk berurusan dengan orang sebegini. Justeru, hiasilah wajah kita dengan senyuman.
7. Senyum menukar mood kita
Ketika sedang berduka. Cubalah mengukir senyuman di bibir. Senyum boleh ‘menipu’ tubuh kita untuk membantu kita menukar mood kepada menjadi lebih ceria.
8. Senyum akan menjangkit
Apabila kita senyum kepada orang lain, mereka tentu akan membalas senyuman kita. Apabila semua orang senyum, rasa gembira tiba-tiba muncul. Maka wujudlah suasana yang membahagiakan dan menyihatkan.
Tiada apa-apa saja nak makan nasi ayam. Anak-anak memang suka bab jalan-jalan cari makan.yummy delicious.. bak kata adik.
Sebenarnya sebab utama pergi jalan ini, cari hadiah untuk Mama. Thanks Papa.
Mama shopping handbag dan pouch ini. Hope lebih tahan lama sebab beli yang kulit.
Teruk benor kalau tak tidur wei.
Oleh kerana Astro telah merangkul gelaran THE BEST OF THE BEST BRAND IN MALAYSIA . iaitu Putra Brand Awards, kita pelanggan-pelangan Astro kini boleh menikmati semua 130 siaran Astro secara FREE selama 10 hari. Bermula 12 tghmalam tadi sehingga 6 Mei 2012.
Tapi kan.. setakat 10hari ni nak tengok apa? Yang biasa nak tengok tuh semua langgan. Cuma siaran BINTANG dok. Start esok siang nak tengok lah.. janji movie habis terus citer. Taknak yang series ni.. tapi boleh ka tengok? sure berebut2 dengan cartoon channel dengan anak-anak pula. hihi.
Apapun selamat layan2 wei. Jangan tak tidur pulok.