Adalah disebutkan di dalam sebuah hadis bahawa baginda Rasulullah s.a.w bersabda:
“Bagi segala sesuatu ada penggosok untuk membersihkan dan menghilangkan kekotorannya (umpamanya untuk membersihkan badan dan pakaian dipergunakan sabun dan untuk menghilangkan karat besi dipergunakan api dan lain-lainnya). Maka demikian itulah penggosok (pembersih) hati ialah zikrullah.”
Hadis ini juga mengatakan bahawa zikrullah adalah lebih utama daripada yang lain-lain. Zikir itu dianggap sebagai pembersih hati yang kotor, kerana setiap ibadah dikira dalam ertikata sebenarnya apabila ibadah-ibadah itu dikerjakan dengan ikhlas dan pencapaian ikhlas itu adalah bergantung kepada hati yang jernih lagi suci.
Oleh itu sebahagian ulama tasawuf mengatakan bahawa zikir yang dimaksudkan di dalam hadis ini ialah zikir qalbi (zikir dalam hati) bukan zikir lisani (zikir dengan lidah). Dengan mengerjakan zikir qalbi itu hati seseorang manusia terhubung dengan ALLAH buat selama-lamanya.
Hakikat ini tidaklah dapat disangkalkan lagi bahawa keadaan yang disebutkan ini adalah lebih utama dari segala ibadah kerana tercapai sama ada anggota-anggota zikir mahu pun anggota-anggota batin.
Anggota-anggota ini semuanya adalah menurut hati. Jika hati itu berhubung dengan sesuatu maka anggota-anggota lain dengan sendirinya akan terhubung dengannya. Keadaan para pencinta tidaklah tersembunyi kepada sesiapa pun.
Sudah 2 bulan lebih pakai Aura Maya ni. Krim siang dan malam ada lagi. Cuma sabunnya tinggal sikit, maklumlah cuci muka selalu kan.. pulak tuh dah kerat2 sikit bagi orang cuba. Yang cuba tu pun dah siap order set penuh lak. Alhamdulillah.
Lepas ni, mana nak cuba sabun sekerat tuh, bolehlah datang rumah cuba dulu pakai. Yang ni free aje. hehe
Allamdulillah juga, tadi ada news ada orang kotak katik kan nama Asid sebagai penjual Aura Maya ciplak punya. MasyaAllah. Siap cakap dia tengok sendiri Asid bungkus2 kat rumah. Untuk pengetahuan semua, asid tak bungkus2 sendiri.. partner asid yang tolong bungkuskan. terima kasih atas bantuan dia selama ini.
Ini pic terbaru raya hari tuh.. ada juga muka berkilat2 bukan sebab berminyak tau.. itu gambar selepas berpeluh. hehe tengaharilah kan, so asid letak sini gambar waktu malam lak.. ngan anak2 lagi. sgt suka gambar ni..
Maaflah ada jerawat sikit naik, maklumlah musim raya. Main tibai aje makan macam2. Skrg pula musim kenduri kahwin, giler ngan sambal belacan lak.. nyummy
p/s: 2, 3 hari lepas Asid umumkan pemenang untuk batch 2 ilovecontestblog tuh.. mana2 pemenang emailkan details yg diperlukan ye. tq
Raya tahun ni beraya di Ulu Klang, pastu Shah Alam. Raya ke dua gerak ke Jengka rumah Tok Cek. Raya ke3 pula ke rumah Mama di Chini 03. Bertapa sana sampailah raya ke5.
Sekarang seminggu lebih dah ye kita beraya.. takkan nak beraya sebulan macam puasa sebulan ye tak? hehe apa pun kalau orang jemput open house tu, kita join jelah kan.. makan2, mengeratkan silaturrahim sesama kita.. tp bila di fikir2.. makin lama makin kurang yang buat open house.
Ada juga yang menjemput, ‘datang ajelah bila2 nak beraya, okay. tapi bagitahu dulu bila nak datang.’ terima kasih. insya-allah kalau berkesempatan.
Kepada kengkawan terdekat, jemput2 juga ke rumah asid di Shah Alam ni. Macam biasa, nak datang tu hapaq awal2 sat gi dapat air teh bujang aje. hehe
Tidak lama lagi Raya menjelma. Ramadhan fasa ke 3 sudah sampai ke penghujungnya [sedih.. harap bertemu lagi Ramadhan untuk tahun depannya].
dikesempatan ni, asid memohon maaf jika ada salah dan silap.. saya hanya insan biasa yang tidak terlepas dalam melakukan kesilapan.. oleh itu, maafkanlah saya.. kerana saya juga memaafkan anda.
Yang mana balik kampung tuh, berhati2 di jalan raya. Pandu hati2. Hargailah nyawa yang tersayang.
Selepas Fasa pertama Ramadhan lepas [ Rahmah] iaitu Fasa Kasih Sayang Allah. Kini Fasa ke 2 Fasa Maghfirah [ Pengampunan].
Marilah kita sama-sama merebut peluang ini dengan memperbanyakkan doa memohon keampunan dari Allah S.W.T pada waktu ini. Ini adalah bonus yang diberikan Allah kepada kita dan janganlah kita melepaskannya. Banyakkan membaca doa ini :
Maknanya : Ya Allah, sesungguhnya engkau amat pemaaf, menyukai kemaafan, maka maafkanlah kami
Terjemahan perkataan :
Ayuh mari kita sama-sama melipatkali gandakan amalan pada bulan Ramadhan ini dan meneruskannya pada malam 10 terakhir dan semoga amalan baik yang kita lakukan pada bulan Ramadhan ini menjadi titik permulaan perubahan ke arah kebaikan untuk diri kita semua demi mencapai keredhaan Allah.