pos terkini Blog ini mempunyai 923 pos setakat ini

‘Ra One’ Best Giler 2

Assalammualaikum,

Lama tak update, Alhamdulillah sibuk dengan bisnes cadar, tudung, sauna dan Aura Maya serta produk skin care Kayla. Syukur sibuk itu bermaksud adalah juga yang masuk tu ye. ^_^

Kali ini nak citer pasal movie Ra One.  Lakonan Kareena Kaapor dan semestinya actor bollywood pujaan hati Shah Rukh Khan eh sorry Dato’ Shah Rukh Khan.

Cerita dah tengok 2 minggu lepas dekat Astro First, masa penonton ramai ni seronok tengok. hehe dalam masa 2 hari tuh, budak2 ni asyik tengok Ra One memanjang. Onn aje tv sure channel 490. sabar jelah. Den pun ikut sekali hehe

Cerita mengisahkan Ra One. Watak jahat dalam game ciptaan.. boleh muncul ke dunia semata-mata ingin mengalahkan musuhnya jucifer. Nak kalahkan Ra One, Jucifer keluarkan G One a.k.a Shahrukh Khan.

Nak tahu details.. korang boleh tengok sendiri cerita ni ya. Best bg peminat2 hindustan macam Asid ni. haha

akhir kata meh layan jap lagu glamor dalam citer Ra One ni iaitu Chamak Challo. ^_^

 

Selesaikan Yang Tertangguh 0

Assalammualaikum,

Alhamdulillah. Hari ini busy sikit dari Shah Alam ke KL, dari KL ke Shah Alam. Pergi kedai – pergi Pejabat Pos – pergi Poslaju – Pergi makan-makan dekat Restoran Mohd Chan lagi.. Nyummy

Apapun, rasa lega sebab benda yang tertangguh berbulan2 untuk hadiah GA asid tu.. sudah pos kepada pemenang2. Masih ada juga yang belum memberi details.. tak nak hadiah kot. Jadinya hantar yang mana ada lah kan.. :)

terima kasih semua.

tengah makan pun sempat ehem..

si Abang yang selalu bergaya dengan jam mahalnya tuh

Minor Oral Surgery ~ sakit wei 2

Assalammualaikum,

Tengok tajuk entry kali ini ada rasa gerun sikit tak? Baca aje minor tp cuak bagai rak.

Bulan lepas, rasa bengkak dekat pipi kiri, rahang mulut tak boleh bukak seluasnya. Ingat tersalah leher, rahang lari elementnya ker? urut2 leher tak ada rasa pula sakit, cuma rasa gusi dah bengkak. Teringat juga masa kerja Klinik Gigi Rohaya dulu, check dengan Dr. Firdaus, geraham bongsu kiri den ni mesti cabut via MOS. Suggest Dr. buat masa tak sakit apa2 lagi.. tapi mengenangkan kos RM400 [masa tuh] boleh shopping macam2 tu.. jadinya den cancel lah, cakap kat Dr. ” Takpelah Dr. tunggu ia sakit lah dulu. seriau juga hari2 tengok patient buat MOS, berdarah tak ingat, kerat isi, potong tulang, patient menangis.. macam2 lagilah..hehe.. ”

hmm bila dah sakit macam ni, terpaksa lah cari klinik berdekatan. Nak pergi klinik kerajaan kat Area Shah Alam ni, adalah satu, tapi sure kena tunggu lama. Jadi en. suami suggest lah pergi Klinik Swasta aje. Klinik pergigian area Shah Alam ni memang banyak ibarat ‘cendawan tumbuh selepas hujan”.. cuma ongkosnya tak tumbuh2.. hehe

So, surf internat.. call beberapa klinik pergigian kat sini. Klinik Pergigian Doktor Firdaus .. MOS RM700 ke atas. Klinik Pergigian Sharina RM600 ke atas. Call klinik pergigian Dr. 2ue tak dapat hehe. So, antara 2 ni.. pilihlah yang murah kan.. be2anya RM100. Banyak juga tuh.

So, 29hb Sept. 2011 pergi Klinik Pergigian Sharina seksyen 9, Shah Alam. Den pergi seorang aje, bawa askar2 den tu kang.. riuh sekampung kliniknya.

Sampai jam 8 malam, klinik kosong. Doktor lelaki. Hari ni buat checkup aje sebab nak MOS pun takleh sebab  sakit, nak bukak mulut besar2 pun tak boleh. X-ray dulu kedudukan gigi geraham bongsu tuh, memang hujung.. kedudukannya terpusing dari biasa. Memang dah konpem, potong isi kulit tepi sikit. Kalau tak boleh cabut biasa, kena potong gigi or tulang sikit. Aduhh dalam hati.. takutt nya..dulu biasa cakap dekat patient, takpe sakit sikit aje.. 1@2 hari dah hilang rasa sakitnya. huhu..  sekarang.. den sendiri raso cuakkkk naya tuh. So, den diberi ubat antibiotik 2 dan pain killer. Set appointment dengan doktor yang sama, 2 minggu lagi.

baca seterusnya »

Western Food @ Qaseh Seksyen 13 2

Assalamualaikum,

Disebabkan keenakkan daging kambing biri-biri panggang di Majlis Kenduri kahwen umah Pak cik Adam semalam, kami sekeluarga meneruskan misi mencari daging panggang terbaik antara terbaik di daerah sini.

Haha berdasarkan pujian dan dorongan kengkawan papa, ada 2 tempat kedai makanan western food kat Shah Alam ni. Satu di seksyen 13 dan satu lagi di USJ.

Untuk permulaanya cuba dulu tempat di Seksyen 13 dulu lah.. Restoran Qaseh.  Ada tips – kalau datang jangan lupa miniman Mango Juice, so order lah jugak.. nyummy memang tidak mengecewakan. :)

 

Kenduri Kahwen Depan Rumah 0

Assalammualaikum,

semalam kenduri kahwen rumah jiran. Pergi dengan anak2 makan nasi minyak. Tema color pink purple, so kitorang masing2 pakai baju purple.

Apa yang menarik, boleh pulak hari ni semangat nak beratur panjang untuk dapatkam Kambing Biri Biri Panggang. Almaklumlah duduk makan depan meja daging panggang tuh, baunya menusuk hingga ke kalbu. haha

Inilah rupanya biri2 panggang tersebut, roti.. salad dan lain2 tak sempat sebab orang last beratur masa tuh.. kalau nak.. boleh aje tunggu lagi. Apapun rasanya memang best, balik rumah pun tergiang2 bau daging panggangnya tuh. haha

Subahanallah.

Blog Widget by LinkWithin


Fatal error: Call to undefined function footer() in /home/asida/public_html/wp-content/themes/FREEmium/footer.php on line 22