Wednesday

Kelas awal pukul 830 pagi. Tepat2 pukul 830 masuk DK. Kalau Amir tidak hantar, pasti lagi lambat sampai. Ingatkan kitorg yang lambat, rupa2nyer ade lagi yang lambat..Tambah2 debutet pukul 9 lebih baru sampai. Aduhai..memang kalau kelas En Adzhar memang lambat. Hehe at least dia datang jugak bukan macam bebudak lain..asyik ponteng jerk.hehehe

Lepas kelas Proposal, kita ngan E.T pergi menara berkembar UiTM sebab hendak cari buku yang berkenaan dengan Thesis kitorng. Mula2 sedih jugak. E.T dapat cari buku, aku pulak langsung tak ade. Then bila kita turun tingkat bawah (PTAR3), nampak satu sudut buku2 baru. Kita carilah pulak dekat situ. Akhirnyer dapat satu buku nie..Pocket PC. Hehe at least de jugak buku yang dipinjam. Ingatkan E.T leh pinjam buku yang dia amik tadi rupanyer tidak boleh ada problem ngan Matrik kad dia. Kita pulak tidak tahu dia pergi mana, terus pergi Ptar4.. kononyer nak cari E.T last2 tak de. Alang2 kat Libary nie,kita pun carilah lagi. Kat sini lagi banyak buku tentang Pocket PC. LAst2 pinjam 4 buah buku. Sekali dengan buku programming..hehehe

After that, kitorang pergi Surau Cempaka..nak rehat dan sembahyang zohor. Kejap lagi ada kelas.

Presentation IPK

Hehe. Hari nie presentation,baru nak prepare malam tadi. Pastuh pagi tadi bangun lambat. Kelam kabut mandi nak pergi fotostat presentation template. Amir pulak sampai masa orang belum bangun..sian dia lewat pergi kerja hari nie. Sorry wak!!! Alhamulillah settle gak presentation. Tak payah dah pikir2 pasal itu lagi. Hehehe Lepas kelas pergi PKNS. Ingat jumpa Wawa kat sana tapi Wawa dah naik bus nak balik umah. Last2 tinggal kita sorang kat sana. Alang2 dah sampai belilah kain tudung hijau untuk baju yang baru beli dekat Jln TAR tu. Beli jugak keronsang untuk diorang. Habis lebih kurang RM37. Aduhai…hehe 🙂

Sunday

Disebabkan malam tadi tidur lambat sangat, hari ni bangun lewat pukul 11pg. Pastu terus mandi dan sambung to do my thesis. Aduhai..dah sampai pukul 1 tghari, break.Then sembahyang Zuhur dan keluar dengan Amir pergi Summit, USJ. Kalau tak de hal ni malas nak keluar sebab banyak keje nak submit. Pergi pun sebab hendak repair pocket pc. Dia punyer charger rosak. Pergi2 tak de plak charger tuh, disuruh pulak cari kat lowyat. Hmm :(. Lepas perkara menghiris hati tu, balik Shah Alam pergi Giant beli barang rumah. Sambil tu belilah buah tangan untuk orang kampung..hehe 🙂

Go to Genting..A Nice Day

Hari sabtu yang begitu awal bangun. Al maklumlah nak pergi jalan2 dengan my Sweetheart sempena anniversary kitorang yang sudah menjangkau 1 year couple. Hehehe. Kira2 pukul 7 pg dah bertolak dari Shah Alam. Then parking car dekat office my Sweetheart.

After that, kitorang naik bus dari KL central ke Genting. Kira2 pukul 9 pg sampai sana. Terus naik kete cable.Cuak lah jugak sebab nie 1st time pergi Genting. Bila dah sampai atas, terus jalan2 sampai outdoor theme park. Mabye kitorg unlucky today sebab hujan terus dari pukul 9pg sampai pukul 4ptg. So kami antara ornag terawal datang so kami lebih lucky then orang yang datang tgh hari, sebab kami sempat jugak main 5 games from 20 games dekat dalam ni. Kalo diorang just boleh naik train jerk. Hehehe.

Lepas dah naik apa yang dibenarkan saja, kitorang naik untuk lunch. Makan kfc. Pastuh jalan2 kat situ jerk, shopping sikit..dan beli gift untuk housemates. Walaupun tak semua game kami naik, tapi kami still happy together..spend time together.. Luv him very much!!! Thanx wak..

Khamis Yg Manis..

Kelas cisco kul 1030pg. Macam last week, my Sweetheart hantar pergi kuliah. Hehehe. Itu sebab badan nie bertambah2 lemaknya sebab dia selalu sangat amik dan hantar. Jalan nyer kurang..aduhai.. Hari ini balik awal sikit, pukul 5ptg dah sampai rumah, itu pun hujan betul2 lebat time turun dari bus mini. Aiseyman..nasib baik bawak umbrella hari ni..

Wednesday

Kelas pukul 8pg. Amir hantar pergi kelas ITT560. Lepas kelas tu, makan dekat kafeteria kat falkulti. Kemudian kita n e.t pergi cempaka, lepak kat surau sana. Wawa pulak pergi beli tiket kat seksyen 17. Pukul 230 pulak ada kelad ipk. Kemudian kelas OB kat ftmsk. Pastuh baru balik umah. Aduh penat sungguh. Kul 830mlm pulak Amir datang amik pergi dinner dekat seksyen 10. Lepas makan balik mengadap pc. Hehehe sampailah sekarang!!!

My Sweetheart Birthday

Hari ini dah genap umur my Sweetheart 25 tahun. Semoga dia sentiasa bahagia, dipanjangkan umur, ditambahkan rezeki, dan bertambah amal ibadatnya kepada Maha Pencipta. Dan tak lupa jugak after 3 months nie dia sah dinaikkan pangkat as manager.Good luck dear!!
Tadi dah wish kat dia by phone. Yang lain wish kat gmail dan friendster. Semoga hubungan kita kekal ke akhir hayat..Darling I LOVE YOU so much…

Aduhaii..Ngantuk Sangat Ni

Dah pukul berapa nie. Kerja tak siap lagi. Apa yang nak di beri pada supervisor esok. Aduh!!! Tinggal planning untuk semester depan je lagi. Mata pulak sudah tidak tahan lagi nak tutup. Nampaknyer kejap2 lagi terpaksa tidur ni. Kalau tak,  sure tak bukak mata pagi nanti. So terpaksa lah tidur dulu. Sambung pulak pagi esok. Boleh bangun ke ni??? hehehe.cuba ahh…

Akhirnya..tak bangun awal. Cukup2 masa nak jumpa puan. Bila sampai kat depan bilik puan, puan tak ada. So terbuktilah bahawa kami memang lambat sebenarnya. Lambat terlambat sangat. Hehehe. Ini semua sebab tidur lambat malam tadi. Aduhai…terpaksa buat appointment baru dengan puan. Esok pagi datang jangan tak datang!!

Lepas balik kelas, online kejap. Ada lah masalah sikit ngan si jantung hati. Kita kecik hati sikit je ngan dia, pastu dia pulak macam marah kan kita. Sampai rosak mood kita nak searching pasal presentation IPK. Aduhaiii..geram :(.

Sunday…

Awal2 pagi Amir datang amik kita pergi jogging kat tasik Shah Alam. Lepas jogging kita singgah beli nasi lemak kukus dekat kedai bawah pangsa nie. Lepas Amir hantar balik, kita terus tido sampai pukul 1150 pg. Lepas bangun terus cuba pasang streamix..nasib baik hari nie boleh online..kalau x nak mengamuk jugak dengan orang streamix ni..ade2 hal jerk. Cable tak pasang betuilah, tukar pasword lah dia kata. Pastuh last kata line telekom pulak x ok..maybe line telekom tak ok..kelmarin dan semalam..Hehehe sabar jelah. Hari nih kena bayar duit sewa umah..:) (nk kuar duit untuk sewa sedih tapi shopping x pe pulak..hehehe)