Open House Rumah Mak Long

Hari ini pulak Mak Long dan Pak Long buat open house. Sebelum ke rumah Pak Long, selepas solat Zohor kami ( Papa, Asid, Ash dan Keluarga Shah Alam) pergi beraya ke rumah Wan De (Kakak Wan2 Ash) dekat AU5 dalam kawasan perumahan nenek.  Then pukul 4 petang baru bergerak ke rumah Mak Long. Kami orang kedua yang sampai.

hmmm Banyak benar makanan Mak Long masak. Semuanya sedap-sedap. Siap makan dua kali maklumlah balik pun lepas solat Maqrib. Baby Ash dan Papa sempat lagi melelapkan mata. Balik ke rumah Sentul. Hampir seminggu kami tinggalkan rumah. Mengalahkan jumlah cuti yang ada. ish ish Raya punya pasal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *