Open House: Makan2 Time!!!

Sebelum ini dah cerita sikit ada Open House di rumah mentua aku, Shah Alam. Hari Sabtu. Just untuk kaum keluarga aje. Ramai jugalah yang datang daripada yang tak datang. Anyway seronok jugalah bila raya ni beramai-ramai. Kita tak bercerita, boleh dengar cerita ye tak?

Wan2 Ash sediakan banyak jugalah juadah. Contohnya Nasi Ayam Pak Mal Seksyen 10, Roti Jala Seksyen 4 (rumah berpagar berlipat2, kereta 4 buah!!), Kek Coklat (Ya-ya yang buat), Kek kelapa, Mee-hoon, Mee Sanggul (mee pun pandai bersanggul nih!), kuih raya berbagai jenis, air Coke dan Teh O dan lain2. Alhamdulillah semua orang cukup makan. Ada lebih sikit tuh boleh jugalah aku bawak balik. Buat sarapan pagi tadi. Tapi sayang ayam Pak Mal tuh dah basi. Makan ajo nasi ayam dengan Kari Roti Jala. Sodap jugo.. hehe

openHouse

Hari Ahad pula, aku buat Open House untuk Kak Ja dan Abg Mezah, Kak Aju dan Abg Die serta anak diorang Kimi. Tak adalah sangat Open nya. Makanan simple2 aje. Satay Kajang Taman Melawati. Sebelum diorang datang naik komuter dari Port Klang ke Sentul Station, Ja’a dan suaminya serta anaknya Amir datang beraya. hehe seronok jumpa Ja’a, teman sekampung dan teman belajar dulu. Dah lama tak jumpa dia. Macam biasa kalau dah jumpa member, lupa nak snap gambo. Bila dia dah balik, baru nak ambil. huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *