Hari Raya Aidilfitri 2007

Alhamdulillah berlalu lah sudah bulan Ramadhan, dan kini 1 Syawal. Syukur sangat raya ni sebab beraya dah bertiga bukan macam tahun lepas just beraya dengan Papa je. Kepada Baby Ash, Mama dan Papa happy sangat Baby Ash muncul dalam hidup Mama dan Papa secepat ini.

Raya tahun ni turn raya bersama Papa’s family. Pagi tu beraya di rumah Nenek (moyang Baby ASh) di Ulu Klang. Beraya juga dengan Wan2, Tok, Cik Za dan Cunna. Memang best raya tahun ni, meriah dan gembira. Maklumlah family di sini pun ramai saudara mara juga. Bila ramai2 ni lagi seronok sebab tahun ni bermulalah tahun kutip raya untuk Baby Ash. Cuma sedih sikit, Mama tak dapat lagi duit raya.. sume bagi dekat Baby Ash. hehe Alhamdulillah Papa still kasi duit raya dekat Mama. Yang tu memang wajib. 🙂

Beraya di UK ni sekejap je sebab selepas Zohor kami bergerak ke Banting pulak. Beraya di rumah Mak Saudara Papa. Then bermalam di Sri Malaysia Bagan Lalang. As usual Papa’s Papa bermalam di sini pada tiap kali raya. Kata Papa, kalau tak bermalam disini tak rasa raya nya. 🙂 macam2 Papa ni.

Pagi raya ke 2 bangun awal pergi breakfast then berjalan dan amik angin kejap dekat pandai berdekatan hotel ni. Sempatlah bergambo sekejap (Gambar). Lepas tu balik bilik tidur then bersiap2 untuk bergerak ke Pahang pulak.

Sampai Jengka 8 lebih kurang pukul 7 malam. Mok Mek, Tokcek, Opah, Mak Su dan Kak Na’s family and Pak Jang’s family dah pergi Kelantan. Ada saudara nak kahwin di sana. So bermalam lah selama dua malam sehingga mereka balik. Kalau tidak macammana hendak beraya dengan Opah Ash.

Malam raya ke 4 barulah mereka sampai dari Kelantan. Macam2 cerita kelakar ada. Ada juga barang yang dibeli disana. Toto tu benda wajib dibeli. Maklumlah murah katanya. Tapi kesian juga diorang masa on the way ke Kelantan. Traffic Jam teruk giler, bergerak dari jam 8 pagi, 8 malam baru sampai. Maklumlah jalan just ada 2 lorong. Kereta banyak time raya ni, tu yang jadi jem teruk.

Awal paginya pulak after breaskfast nasi Goreng, kami bergerak ke Chini 03 hantar Opah, Mak Su dan Tok Wan balik. Then tengahari nya pulak terus bergerak balik ke Shah Alam. Beraya di Shah Alam pulak. hmm penat sungguh raya ni, waktu banyak dihabiskan dalam kereta jelah. huhuhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *