Opah Datang

Alhamdulillah seperti yang dijanjikan Opah Ash datang ke KL hari ini. Seperti dijanjikan juga datang semata-mata nak bawakan buah rambai idaman Asid. Thanks Mama. Selain rambai, macam-macam dibawanya lagi seperti buah durian, rambutan, beras pulut, kelapa muda dua biji, serai, kulat ternak orang sebelah rumah, buah mangga, garam kasar sekilo dan 4 bungkus asam keping potong. Kalau garam dengan asam bukan Asid yang suruh bawa, tapi kakak Asid. Apalah garam pun nak suruh bawa dari Pahang. Katanya garam kasar dekat sini semuanya kuning2 tak putih macam dikampung. Ada2 je.

Mama sampai jam 9 malam. Sempat lagi pergi pasar malam Bandar Baru Sentul beli Nasi Tomato Ayam. Esoknya jam 4 petang pergi rumah Kak Ja di Pendamar. Nak masak Pulut Durian idaman Asid. Makan takdelah banyak sangat sekadar hendak merasa. Sebab dah lama tak makan pulut durian. Kesian, dekat situ hanya Asid yang makan Pulut Durian ini. Mama dan Kak Ja tak boleh makan sangat Pulut, nanti sakit badan. Papa Ash, abang mezah pulak bukan orang kelantan, so diorang tak pandai makan benda2 macam ini. hehehe Apapun terima kasih sangat dekat Mama, masakkan dan susah2 bawa durian dari kampung (padahal boleh je beli dari sini) semata puaskan ngidam anak dia sorang nih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *