Ustaz Asri Meninggal Dunia
August 13, 2009Membeli: Kerja SuriRumah
August 15, 2009Online Shopping
Sekarang dah senang, macam2 barang orang berniaga secara online nih. Kalau kena yang betul2 jual tuh, okaylah.. kalau tidak… dah nasib badan. Macam2 yang diperdagangkan nih seperti pelbagai jenis pakaian, aksoseri, pinggan mangkuk, alat make-up, barangan baby, kuih muih, alat electrik, buku, kereta (ada ke?), handphone dan macam2 lagi ar. Pendek kata, semuanya di hujung jari. Tak payah dah susah2 ke situ, sana, sini untuk cari barang. Tambahan lagi time wabak H1N1 ni melular. Takut juga nak ke tempat yang ramai orang, kalau terpaksa pergi, tawakal sajalah yang boleh dilakukan.
Cerita pasal online shopping ni, boleh juga aku cerita pasal barang-barang yang dah dibeli secara online ni, yang pastinya bukan aku yang bayar.. hehe siapa lagi kalau bukan si jantung hatiku itu.
Selepas aku bersalin dua bulan lebih yang lepas, macam-macam benda yang husband aku belikan untuk aku.Bunyinya macam hadiah bersalin aje. Antaranya adalah;
1. Sudoku electronik – Belikan menda alah ni kononnya masa tuh dia nak buat surprise. Hantar dekat rumah, last2 masa org skynet hantar.. tak ada orang yang sedar. Last2 kena ambil sendiri dekat tempatnya. Katanya untuk aku hilangkan boring time duduk2 jaga anak (time anak tidur arr.. kalau tidak, jangan harap nak main). Tak payah dah susah2 beli buku sudoku dan pen. Lebih mudah guna benda ni, lagipun senang nak bawa kemana-mana.
2. Notebook – Mende ni yang paling aku suka dapat. Dah lama aku asyik menyibuk guna laptop dia, akhirnya dapat yang sendiri punya. Maklumlah PC aku tuh dah lama bersawang dek di serang virus. Senang giler aku nak update blog dan surf internet anytime anywhere dekat rumah aku ni. Tambahan lagi Papa belikan wireless router (bukan beli online, kirim member beli). Senang nak surf internet serentak dengan dia. hehe
3. Tudung – Bukannya tak ada tudung yang aku nak dijual dekat PKNS tuh, banyak tudungnya, cuma tak ada masa nak membelek dan membelinya. Last2 aku surf kat internet dan beli online. Ni dia juga yang bayarkan. Tudung untuk raya tuh (tu pasal tak boleh tunjuk dekat sini, ambil gambo bungkusan ajelah ek).
4. Mouse – Saja nak mouse yang kecil, cute dan cantik, walaupun dah ada mouse. Mouse yang aku pakai sebelum ini pun baru lagi. Guna yang itu pun sementara aje sehingga mouse sony yang cute ni sampai. 4 hari lepas beli baru sampai, maklumlah dari Sibu, Sarawak. Bila ada mouse yang cute, senang sikit nak edit2 gambar tuh. Kalau tidak terhengeh2 duduk alihkan cursor tuh.
Itu aja ler barang yang aku beli online setakat ini. Aku ni bukannya giler bershopping. Maklumlah orang suri rumah. Duit pun orang kasi. 🙂
—————————- Terbaru—————————–
Tudung untuk raya!!!!! Okaylah. Satu website ini ada jual pelbagai bentuk dan jenis tudung. Murah2 semuanya sebab mereka pengeluar dan pembekal. Ramai orang yang menjual tudung2 nih beli ngan diorang. Better korang visit ler site ni atau klik banner bawah nie…kalau tak beli pun.. boleh cuci mata sekejap. 🙂