Sesame Street
November 11, 2009LGM : Apartment Mawar
November 26, 2009Online Shopping: Teh Cameron
Hmm agak lama tidak update my blog.. huhu sangat sibuk dua tiga minggu nih. Sibuk dengan FB. hehe. Anyway sekarang nak cerita pasal Tea. It’s Cameron Tea. Sekarang sudah serba serbi online, hendak beli apa-apapun senang..just click. Cuma nak tak nak saja.
Sekarang hendak beli Cameron Tea pun tidak payah susah2x pergi sana. Beli online saja (kalau hajat hendak minum tea saja, kalau hendak bercuti.. lain cerita). Aku pun teringin juga pergi sana. Cuma masa tidak berkesempatan. Pakej penginapan dekat sana pun murah. Bolehlah kita pergi lain kali Pa ek?? (Pa pun dah jawab.. okay.. hehe).
Hari itu aku beli Tiga jenis perisa Tea nih.. iaitu perisa Orange, Strawberry dan Lemon. Aku paling suka strawberry.. cuma sekarang aku tidak minum lagi sebab Arisha menyusu badan. Kalau aku minum, memang meraung sehabis2an dia sebab kembung perut. Sian anak Mama tuh. Sangat seronok Papa minum Lemon Tea No Ice.
Tidak apa-apalah. Kalau habis tea nih boleh order lagi. Sekotak just RM 8.00x 3 + Kos Penghantaran ke depan pintu RM10.
——— Best juga kalau Kopi Keluang di jual online nih. Tak payah aku susah2 order dekat Mak Itam. Wakaka.. 🙂
Tak sangka jugak yang berkenan dengan Tea ini.. oleh itu Asid letakkan link ini.. siapa2 nak beli.. silakan 🙂 http://bharattea.com.my/bharat/